Friday, December 01, 2006

Selamat Datang Disember!

Selamat Datang Disember!

Diam tak diam, bising tak bising, Disember datang lagi
Sukar tuk aku percaya masa sepantas ini
Masih hangat setiap apa yang pernah aku karang suatu masa dahulu
Ya. Karangan tentang aku juga
Di sini. Blog ini yang menyiratkan setiap yang aku suratkan
Hanya blog ini yang tahu
Dan aku...dan kamu...

Termangu aku dalam diam
Terdetik di benak ku sebuah kenangan
Yang mana mungkin aku kembalikan

Rintik- rintik hujan pagi itu
Bersama dingin bayu pagi yang menusuk ke tulang sum sum
Mata kecil kita bercantum
Sesekali terlepas ke satu arah
Mentari baru sekejap tadi menjenguk semesta

Kirmizi yang menarik rembang petang itu
Bersama deru sepoi anginnya
Berpijak pada pasir seputih mutiara
Juga deru ombak kecil- kecil
Riang meraikan sebuah cinta

Malam itu hujan lebat
Hampir menjadi ribut
Nelayan malam yang selalu bersama pelita di kepala
Tidak turun ke sisir laut
Lebat hujan selebat ceria kita
Menyanyikan sebuah lagu
Yang tak biasa ku nyanyikan sebelum ini

Pagi tadi... aku terjaga
Bersama bang sayu memecah hening
Aku sedar
Aku di sini
Tiada ombak yang setia melambai
Tiada sepoi angin- angin bernada ceria
Tiada mata kecil itu yang selalu setia memanahku
Atau... dia yang telah berlalu?

Aku atau kita yang telah tewas?
Dia atau siapa yang menyerah pergi?

Disember akan datang lagi?

No comments: