Monday, March 26, 2007

Aduh R...

Assalamualaikum.
Diam tak diam hari ini sudah masuk 26 hari dalam bulan Mac. (So what??)
Siang tadi dapat satu SMS dari rakan yang sedang menuntut di Pulau Pinang.
Akum. Azrie, kau ada tahu apa2 pasal R?
Saya pun balas.
Pasal apa? Lama dah aku tak dengar khabar dia.
Dia balas.
Buka MySpace tengok page R. Dah tengok, mesej aku balik.
Saya pun dengan tenang membuka page seperti yang dimaksudkan. Tenang hanya sekejap. Terkejut bukan kepalang melihat nama yang R gunakan sebagai samaran di halaman R.

-** Agamaku-. I'm quoting his welcome note on his page. Sengaja saya meng '**' kan perkataan di hadapan frasa Agamaku. Yang pasti, bukan kata ISLAM yang tertera. Pandangan saya tidak tersilap.

Aduh. Pengakuan atau gurauan? Sama sahaja. Niat mampu mengalihkan aqidah. Inikan pula tulisan yang ditaip yang sendiri.
Gambar yang R paparkan di halamannya menguatkan lagi prasangka. Ada macam macam imej yang saya kurang pasti apa tafsirannya.




Yang saya tahu, sejak sekolah dulu R memang digelar Skinhead. Dia botak. Sebab tu orang gelarkan dia Skinhead. Tapi, apa sebenarnya Skinhead? Senjata Zionis untuk menjarumi anak-anak Islam?
Doa senjata utama. Tetapkan imanku, ibu bapaku, kaum kerabatku, sahabat-sahabatku dan seluruh kaum muslimin dan muslimat.

Amin.

Saturday, March 24, 2007

SELAMAT HARI POLIS YANG KE 200

Assalamualaikum.
Oh hari sudah siang... sambil mendongak ke langit langit menyanyikan lagu 'Langit Itu Biru'.

Oh... semalam dalam hidup saya turut dikenali sebagai Hari Melawat Petaling Jaya dan SS2. Eh, tidak ketinggalan Lebuhraya Persekutuan yang diminati ramai.
BABAK 1
Lokasi: Bengkel kereta milik bangsa Cina (dekat dengan Menara MBPJ- tak la dekat sangat)
Si A: Halo Bos! (nampak gaya mamat ni macam bos sebab dia tak buat kerja).
Bos: Halo! Apa mau?
Si A: Izinkan saya tumpang bertanya, di mana letaknya Bangunan Lalalala?
Bos: Oh... Itu bangunan aaa... sikijap aaa.. (masuk ke office sambil mengambil glob)
Bos: (berjalan-jalan kearah S i A) Haa... mau pigi Bangunan Lalalala (kasi direction dengan
muka confuse)
Si A: Terima kasih ya.
Saya pun berlalu pergi setelah menghadiahkan Bos sekuntum senyuman manis. Erm.. manisnya.
BABAK 2
Lokasi: (Pelita Nasi Kandar, SS2)
Mamak: Lauk apa?
Si A: Ni (Sambil tunjuk-tunjuk lauk. Rasa macam nak tunjuk semua je... Si A bukan saya ya.)Mamak: Lagi?
Si A: Sotong goreng ada? (Sotong goreng memang feveret! Eh2, diulang, Si A bukan saya ya. Sebarang persamaan adalah disengajakan)
Mamak: (Memotong-motong sotong)
Si A: Lah...banyak ni je ke bos? (semua orang nak panggil bos). Kat Al Hameed Food Court KLCC tu besar-besar sotong dye bagi. Selonggok macam ni haa. (tangan didepakan seluas lautan biru)
Mamak: (Memotong-motong sotong lagi dan ditambah ke dalam pinggan)
Si A: Chantek ar... Tq Bos!
Si A: (Sambil tengok resit) Cis... sampai 4 hengget ko tekan sotong nih? Sebbaek aku da telan habis sume.
BABAK 3
Lokasi: Dalam kereta, Depan Armada, PJ.
Kanak-kanak di dalam kereta sepakat untuk mintak pakcik Polis Trafik tu untuk tunjukkan arah jalan kebenaran.
Kereta di perlahankan, tingkap dibuka dan bersedia untuk bertanya.
Tiba-tiba...
Polis Trafik berbangsa Melayu: HOI!!! JALAN LA CEPAT. TERKEMUT-KEMUT!!!
Tak sempat nak tanya dah kena tengking dulu.
Nak suruh CEPAT tu BETUL. Tapi, mana MESRAnya?
Tegas tak semestinya hilangkan budi bahasa budaya kita tu.
-3 BABAK TAMAT-
Terima Kasih kepada semua yang membantu!
Budi bicara dan budi bahasa anda adalah amat kami hargai.
Ya! Amat kami hargai.
Oh..Aku Bukan Untukmu...

Wednesday, March 21, 2007

Kini Dengan Wajah Baru

Assalamualaikum.

Selesai sudah melakukan pembedahan plastik ke atas blog saya yang satu ini.
Untuk pengetahuan jiran-jiran yang tak pernah masuk blog ini, blog ini telah menjalani beberapa siri pembedahan plastik. Tetapi kalau anda perasan, warna tema blog saya yang sebelum ini semuanya hitam-hitam belaka. Ada blog yang saya selalu singgah baru bertukar kepada warna hitam.

Lagu yang ada sedang dengar ini merupakan lagu yang Infinatez nyanyikan sewaktu GangStarz episod ke berapa dan keberapa entah. Infinatez memang best. I minaaatt sangaaat (gaya seorang pelajar perempuan yang amat meminati kumpulan New Boyz)

Kata-kata di banner hodoh di atas jangan dongakkan kepala merupakan pendapat saya sendiri. Blog jika suatu masa dahulu dilihat sebagai diari peribadi yang didigitalkan. Bagi saya, diari peribadi lebih kepada ke arah syok sendiri yang amat mengujakan.

Semua blog di alam maya ini pun syok sendiri. Tetapi bergantunglah kepada penulisan. Janganlah terlalu syok sendiri sehingga menyebabkan pembaca yang masuk atau tersalah masuk mengalami trauma atau Cyberphobia selama 4 tahun setengah. Alhamdulillah, selesai degree.

Pernah juga termasuk blog-blog yang amat mengujakan saya. Salah satu postingnya berbunyi begini :

today so penatlah, banyak asssssiggnnmenttt. k lah. nak rest jap ar..
lame tak update blog...tatau na tuleh per nih...esok ade test...chowz
Ya. Di tempek secara segar dari blog beliau seorang itu.

Kalau dah ada blog, bererti secara rasminya kita sudah menjadi seorang PENULIS, EDITOR dan seterusnya seorang PUBLISHER. Di dunia realiti, peranan 3 orang ini adalah besar dari aspek tanggungjawab terlampau sial (tanggungjawab sosial).

Kalau tak banyak pun sedikit pun jadilah, yang penting mesti bermesej. Contohnya begini :

today so penatlah, banyak asssssiggnnmenttt.... k lah. nak rest jap ar..
lame tak update blog...tatau na tuleh per nih..hidup kita penuh dengan ujian, tabahlah menghadapinya .esok ade test...chowz
Lebih kurang macam tu pun ok.

Alhamdulillah, semua blog yang saya linkkan di kiri sana mempunyai pengisian yang tersendiri. Ada mesej. Tersurat atau tersurat. cecece sukelah tu.

Oh Heliza...

Friday, March 09, 2007

ARGH!


Morning!
Morning...

Hujan rintik-rintik. Nak jalan-jalan kat pantai jugak ke?
Hujan. Bukan tsunami.

Tukarlah pakai seluar. Nelayan pun tak pakai kain tau.
Takpela. Macam ni lagi nyaman. Angin masuk.

Kamera mane?
Ni haa.

Jom...?
Jom!

Sunday, March 04, 2007

1300-13-1300

Assalamualaikum.

Jika dilihat dari pandangan mata kasar, mungkin tidak ketara nampak perubahan pada fizikal blog saya yang senyap sunyi ini. Tetapi sedikit perubahan telah dilaksanakan sesuka hati saya.

Isk, haiwan ternakan jenis apa pula yang mengawan di atas syiling sana.





Tadi, selesai memberi latihan vokal dan koreografi kepada Voice Of Ansar 3rd Generation, masing-masing bercadang untuk membaham McDonald's.

Saya: Weh, berapa nombor telefon McDelivery?

Kanak-kanak 1: Tak ingatlah, satu...tiga...
(sambil dahi berkerut cuba merecall nombor tersebut)

Kanak-kanak 2: 1 300 13 1300 McDelivery" (dengan nada riang mengikut rentak lagu McDelivery dalam iklan)

Pantas saya pun dail nombor yang riang tersebut.

Operator (perempuan) : McDelivery..............................(apa benda lagi entah yang dicakap oleh beliau nih, sepatah tu je yang ku dengar)

Operator lagi: Awak yang bersuara sedap ni Encik Azuri kan? Alamat penghantaran, Jalan Enggang Timur 4 SMK Taman Keramat? (bila masa pulak nama aku Azuri nih?)

Saya: Ya ya. Tapi alamat lainlah. No bla bla bla, Jalan bla bla bla/bla bla.....

Operator: Tunggu sekejap eh, nak touch up make-up.
(hoh kuat mekap kakak nih)

Saya: Ok-ok. Tapi jangan lama sangat tau. Ni pakai henpon sendiri. Bukan telefon member.

15 saat kemudian.

Operator: Haa..rider kitorang kate, malas nak hantar kat kawasan sane lah. Jadi tak boleh hantarlah ye. Sori k?

Saya: Hek ele. Wat hal lah rider nih. Baru rider McD, bukannye Ghost Rider pun. Tak pe lah. Balik rumah makan nasik lagi bagus.

Operator: Alaa jangan lah merajuk...Sori ek?

Saya menghempas gagang dengan keras. (padahal call pakai henpon, mana ada gagang)

Dalam kepala otakku, terfikir-fikir juga bila masa Encik Azuri ni call McDelivery untuk pesanan kat SMK Taman Keramat. Sesekali terimbas....

Somewhere in October 2005.



Hari itu, hanya ada beberapa saja yang datang ke kelas fizik. Kelas diakhir-akhir waktu sebelum menempuh SPM. Tak sampai 10 orang. Termasuk saya dan dia...hoh?



Jam dinding di atas pintu makmal fizik tepat menunjukkan pukul 1 petang. Ini bermakna, kami sudah berada di dalam sesi ini selama hampir 4 jam sejak pagi tadi.



Beliau 1: Cikgu, laparlah.

Cikgu: Nak makan?

Beliau semua (serentak): Nak.

Cikgu: Kantin bukak?

Beliau 2: Mana kantin nak bukak cuti-cuti sekolah ni.(hoh kalau bukak pun taknak aku makan kat kantin tuh)

Cikgu: Kamu semua nak makan ape?


Setelah cikgu yang pemurah dan baik hati tersebut menyatakan hasrat murni beliau untuk membelanja lunch, kanak-kanak pun seia sekata berhasrat untuk membaham McDonald's pada hari tersebut.


Telefon saya (ketika itu 6600) telah digunakan untuk memesan lunch. Tapi bukan saya yang call, kawan saya yang call.


Macam mana boleh jadi Encik Azuri? Untuk makluman, rakan saya yang call ni merupakan seorang yang pelat huruf R. Jadi sebut nama Azrie pun huruf R nya tidak kedengaran. (trylah sebut Azrie dalam pelat R sambil meng W kan sebutan R)Maka termerterailah nama Encik Azuri dalam direktori McDelivery tersebut sehingga hari ini.

Sekian.

Tewime Kasih.