Situasi: Seorang kanak-kanak sedang ditemuduga di tadika tempat dia bermain-main.
Penemuduga: Apa pendapat anda tentang pemakaian pelajar-pelajar di sini?
Kanak-kanak: Nasib baik encik tanya saya soalan ini, saya memang dah agak encik mesti tanya soalan ni. Thanks encik. Pemakaian yang encik maksudkan tentu sekali pelajar perempuan kan. Encik, dalam hidup kita ini, dilema yang betul-betul dilema ialah dalam menentukan soal baik atau soal buruk atau lebih khusus; soal halal dan haram. Al-Quran dan Sunnah dah ada sebagai rujukan. Pelajar-pelajar di sini pun saya pasti, tentu dah terlalu matang untuk berdepan dengan dilema yang saya maksudkan.
Penemuduga: Tapi bukankah belajar di sini penuh dengan ke'glamour'an?
Kanak-kanak: Ada apa dengan glamour encik. Kalau nak glamour, masuk saja Akademi Fantasia. (Opps...tak ada contoh lain ke?). Hidup dalam dunia tadika ni sebenarnya tak se'glamour' yang disangka. Masa belajar memang. Memang kita hidup dengan glamour ciptaan sendiri. Hakikat sebenarnya? Kita dicampak ditengah-tengah lautan. Ada pukulan badai, ada sang jerung menanti, ada angin yang tak menentu. Macam mana kita boleh selamat sampai ke persisir? Ada dua perkara yang menyelamatkan kita. Itupun kalau kita mahu selamat. Pertama, pegangan kita. Kedua, harapan orang yang menyayangi kita; Ibu dan Bapa.
Penemuduga: Isk awak ni... Panjang betul menjawab. Saya masa interview mintak kerja kat sini dulu jawab pendek-pendek je. Tapi betul jugak tu. Saya tak sempat nak salinlah apa awak cakap tadi. Nanti boleh letak kat blog tak?
Kanak-kanak: Boleh. Err.. Encik pun baca blog saya ke? Seganlah.
Penemuduga: Alah, saya suka posting awak pasal AF tu. Saya ni peminat AF tau.
Kanak-kanak: Oh, enciklah yang jadikan ShoutBox saya macam @15 Astro tu ye? Cis.
Penemuduga: Ala.. diam-diam sudah. Buatlah review pasal konsert AF minggu ni tau.
Kanak-kanak: Tengoklah. Kalau Dafi terkeluar saya buatlah review. Eh Encik ni, nak interview saya ke nak bersembang?
Penemuduga: Aah ek. Ok jom sambung.
Sesi temuduga diteruskan.
Penemuduga: Apa isu semasa yang awak tahu? Jangan cakap pasal AF tau.
Kanak-kanak: BN Menang Besar di Machap.
Penemuduga: Eh, mana awak tau ni? Keputusan pilihanraya malam karang baru diumumkan.
Kanak-kanak: Alah, mesti BN punya yang menang. Majoriti 4,081 undi.
Penemuduga: Mana awak tahu ni? Awak orang SPR ke?
Kanak-kanak: Saya kan kanak-kanak. Saya tahulah.
Penemuduga: Ooo.. Bagus ya kanak-kanak zaman sekarang. Dah besar nanti jangan
Kanak-kanak: Ok. Eh encik, bila interview nak habis ni?
Penemuduga: Kejaplah. Tunggu pukul 5. Boleh punch card terus.
Kanak-kanak: Orang dah kerja memang macam ni ke? Cuti umum bertindih sibuk nak minta cuti ganti. Kerja malas.
Sesi temuduga tamat.