Monday, May 07, 2007

Esok ada final presentation pukul dua petang

Assalamualaikum




Hari ini bermulalah minggu yang amat menggembirakan manusia sejagat; Minggu Belajar: Study Week.



Sepanjang minggu belajar, kita tidak boleh terlalu ghairah didorong oleh nafsu yangmembuak-buak bak sup tulang yang baru sahaja mendidih.


7 Sebab Dafi Terkeluar kot:

  1. Lampu biru rosak
  2. Dafi teringin nak tengok diari AF
  3. Kredit pelajar-pelajar sekolah habis secara tibe-tibe
  4. Dekan UMS tak kasi undi Dafi
  5. Student Lim Kok Wing sibuk nak final (yeke?)
  6. Aku tak undi!

Kate 7?



Baiik Punya!!!

OK. Bereh...

Tuesday, May 01, 2007

Eman Dan Han Layak Ke Peringkat Separuh Akhir Bintang RTM


Assalamualaikum.


Sempat menonton Spiderman 3 tadi. Secara keseluruhannya, amat best. Saya bagi lampu biru a perfect ten!


Kalaulah ada filmmaker dari Malaysia yang mampu dan berduit nak guna kesan-kesan gempak macam yang dipaparkan dalam Spiderman 3, memang terpecah rekod Sembilu 2 lah jawabnya. Jangan lupa saksikan Sembilu Kasih episod yang ke err..episod ke berapa dah?


Dialog dibawah tidak ada kena mengena dengan tokei kedai TV- MediaPlex aras 3 Suria KLCC yang memasang cerita Spiderman 3 di screen TV Plasma ketika orang ramai sedang berbaris membeli tiket wayang:


"Hoh, siot kedai ni dah tayang Spiderman. Baik tak payah beli tiket. Tengok sini jer ah."


Mahupun ibu bapa yang membawa anak-anak yang masih bertadika masuk ke Cinema 3:


"Mak, kenapa Spiderman tu tukar kaler?" tanya budak itu dengan lantang kepada ibunya yang sedang memakan popcorn. Oh, saya pun tengah makan popcorn juga ketika itu.


"Syyhh!"


Pesanan Khidmat Komuniti: Utamakan Keluarga. Famliy First. Bawalah ahli keluarga anda pergi menonton wayang bersama-sama. Bagi yang mempunyai anak kecil, jangan lupa untuk membawa Baby Pram bersama-sama.


lain-lain: Tahniah kepada Eman dan Han. Bintang RTM? Mengerliiitt...