Monday, July 30, 2007
Sebagai rakyat Malaysia, saya memahami bahawa saya mahu pergi bersarapan sekarang.
Pagi ini hujan.
Langit tak sempat cerah.
Burung pun tak sempat meraikan pagi yang cerah ceria.
Tapi burung tahu. Hujan pagi ini rahmat.
Huhu...
Masa kat sekolah selalu jugak hujan pagi-pagi. Tapi tak selalu sangat. Eh, selalu ke tak selalu ni?
Tambah-tambah hari Isnin, kalau hujan, yang paling gumbira ialah para pengawas. Tak payah nak set kerusi meja, standby itu ini untuk perhimpunan rasmi.
Perhimpunan buat kat dataran depan tu je. Nak buat kat dewan, manelah nak muat.
Hujan, terus masuk kelas. Letak beg, pergi kelas sebelah. Ada ape dengan kelas sebelah? Ade laa...
Bukan nak bukak buku ke, tolong member sapu sampah ke kan?
Hujan, ada beberapa kali hujan membuatkan saya malas gila nak pergi sekolah. Tak baikkan untuk teladan masyarakat muda generasi penyayang?
Ahh...
Tak nak sebenarnya taip apa yang sudah saya taip di atas. Tapi ape boleh buat. Otak dok ingat tu je. Jemari pun mengikut rentaklah.
Tahniah buat pasukan Iraq yang menang Piala Asia buat kali pertama.
Tahniah juga kepada suara-suara yang menemani saya menonton siaran langsung perlawanan akhir tersebut. Dibawakan oleh RTM. 2 ke 1? Tak ingat dah.
Seorang komentator memang dah biasa sangat bercakap. Ada style sendiri. Veteran.
Yang seorang lagi makhluk Allah ni,
Ya. Saya tahu anda rasa pemain nombor 7 harus diberi pujian. (makhluk Allah ni sama macam aku, tak kenal nama player)
Ya. Saya tahu anda rasa skill individu pemain tersebut amat baik sekali. Harus diberi pujian.
Ya. Saya tahu anda rasa jurulatih pasukan Iraq (sama macam aku jugak, tak ingat nama coach) ada strategi tersendiri dan berpuas hati dengan kesebelasan utama.
Ya. Saya tahu anda rasa pemain yang sedang terbaring itu memegang pehanya yang sakit setelah diasak oleh pemain lawan.
Ya. Saya tahu anda rasa pujian harus diberikan kepada penjaga gol yang menampan bola itu keluar kotak penalti.
Ya. Saya tahu anda rasa pemain itu seharusnya terus melakukan cubaan ke arah gawang lawan.
Ya. Saya tahu anda rasa pasukan Iraq akan bertahan dalam 10 minit terakhir perlawanan. Tapi Ali Abbas tengah attacking depan kotak penalti tu...
Ya. Saya tahu anda perlu berfikir untuk membuat ayat walaupun pendapat-pendapat anda diindahkan dengan bunyi aaa...aaaa...aaa... Terima kasih komentator veteran kerana menyampuk!
Ya. Saya tahu anda rasa anda berpendapat bahawa pasukan Iraq perlu berhati-hati di minit-minit terakhir.
Tapi, saya tak tahu pulak kenapa suara anda yang macam tengah demam panas dan cirit birit boleh berkumandang satu negara waktu perlawanan akhir Piala Asia semalam.
Go back and practice!
Hujan dah berhenti.
Wednesday, July 25, 2007
Sebagai rakyat Malaysia, saya memahami bahawa pengulas sukan RTM amat bagus.
Apa khabar?
Macam mana dengan kehidupan harian anda?
Adakah anda puas dengan apa yang anda lakukan tadi?
Oh janganlah buat muka pelik seolah-olah saya tahu apa yang anda lakukan tadi.
Maksud saya, adakah anda puas dengan kerja-kerja yang telah anda lakukan tadi? Muhasabahlah sendiri ya.
Seminggu dua lagi semester bakal dihentikan seketika. Bila? Nantikan sahaja posting saya yang berbunyi lebih kurang,
"semester break dah start. tataw lah na buat per. assignment byk gile... haa dah tau banyak buat ler..."
Celoteh kali ini tak ada isu khusus rasanya. barangkali kerana objektif khusus kertas cadangan saya telah direject oleh pensyarah. Oh tidak.
Semalam sempat saya berSMS dengan seorang rakan sekolah dulu. Rakan sekolah saya. Bukan rakan sekolah awak. Dia di UITM.
Saya :Tengah buat assignment ke?
Dia :Yelah... kenape nye?
Saya :Dah siap nak pinjam boleh?
Dia :Awak ingat laporan PEKA ke nak bagi pinjam-pinjam.
Huhu. Teringat zaman persekolahan. (cuba taip "teringat zaman persekolahan" kat google. ramai gila orang yang teringat zaman persekolahan mereka).
Betul kata lecturer saya yang seorang tu, zaman sekolah tak boleh pilih apa yang kita nak belajar dan apa yang tak nak. Semua dah dipakejkan. Bukan aliran Sains pun ada Sains. Bukan aliran Sastera pun ada Sasteranya. Kebebasannya hanya pada memilih aliran. Stream. Starscream.
Bagi sesetengah umat yang menelunjuki jemari mereka ke arah tempat saya belajar sambil mata galaknya memandang betapa ground floor atau parking levelnya saya. Meh saya patah-patahkan jemari manismu itu.
Bukannya apa, kalau nak pandang seolah-olah seseorang itu berada di parking level, tidak semua parking level terletak di lower ground. Ada parking level yang berada di paras paling atas. Atas bumbung. Tak percaye? Marilah berkunjung ke Carefour Wangsa Maju. Mahupun, err..Semua House.
Eh. Faham tak ni?
Bukannya apa, masa makan kenduri nasik jagung, sambal udang, rendang daging ahad lepas, sempat bersembang dengan seorang jiran. Pangkat ayah kepada saya. Dalam koversasi (konversasi?) tersebut saya banyak mengangguk dan mengiakan sahaja. Cuma menyampuk sedikit-sedikit. Maklumlah berbahasa dengan orang yang sedang beri pengalamannya.
Uncle :Belajar apa pun, kat mana pun tak apa. Yang penting belajar.
Saya :(Mengiakan)
Uncle :Belajar rajin-rajin. Balas jasa mak ayah.
Saya :(Mengiakan. Rasa tersentuh jugak. Nada kebapaan Uncle ketara)
Uncle :Kalau rasa tak berapa pandai masa sekolah, tak semestinya sekarang kita tak boleh jadi lebih baik.
Betul. Betul. Uncle yang dah banyak makan garam. Makan karenah. Kerut dahinya lebih kurang ayah. Kerut dahi seorang ayah. Huhu.
InsyaAllah Uncle. Ayah!
Tuesday, July 17, 2007
Sebagai rakyat Malaysia, saya memahami bahawa...
Mari kita mulakan entri ini dengan bacaan Al Fatihah. Sedekah buat allahyarham dan allahyarhamah wira negara TUDM yang terlibat dalam kemalangan helikopter NURI.
Setahu saya, memang banyak pesawat NURI yang terhempas. Asyik-asyik terhempas. Dimana silapnya, bukan bidang kuasa saya untuk menjawab. Tapi kes kemalangan yang terbaru ini benar-benar menarik hati sanubari saya untuk membuat sedikit kupasan.
Siapa tengok Berita Jam 1 petang tadi? RTM1. Pembaca berita dengan yakin membaca:
"Dua daripada enam mangsa kemalangan helikopter NURI telah ditemui selamat. Salah seorang daripadanya ialah Kapten Intan..."
Lebih kurang macam tu lah. Terlupa pulak nak sediakan pen dan kertas menyalin.
Saya pasti, siapa sahaja yang menonton siaran berita tersebut, mesti rasa bersyukur sangatkan. Terutamanya, kerabat keluarga si mangsa yang terselamat seperti yang RTM nyatakan.
Tapi, bayangkan perasaan kerabat keluarga si mangsa kapten yang 'dilaporkan terselamat' tadi bila dapat panggilan daripada pegawai TUDM bertugas yang memaklumkan perkhabaran sebenar tentang pemergian kapten berkenaan ke rahmatullah.
Aik? Tadi berita apa? Stesen kerajaan pun pandai 'mengada adakan cerita'?
Tak cukup dengan itu, berita RTM1 pukul 6 petang tadi kot. Wartawan lokasi dengan bangganya membuat stand-upper, bagi info mengatakan mangsa-mangsa nahas helikopter telah dibawa pulang ke HKL. Visual tunjuk Van Jenazah TUDM keluar dari Sungai Besi.
Malam tadi, pukul 8 malam. Macam biasa Buletin Utama TV3 memaklumkan kesemua enam mangsa yang terkorban masih belum dapat dikeluarkan dari kawasan lurah Genting Sempah.
Aik? Tadi berita apa? RTM1 terus unggul punya berita memang MUTAKHIR.
Tak cukup lagi, pukul 845 malam tadi, Buletin Utama dapat berita ada 8 wartawan dan krew media + seorang ranger hutan sesat dalam hutan.
Tengoklah nanti, kalau ada RTM punya krew among yang lapan tu, memanglah RTM teramatlah sangat mahu memberikan liputan MUTAKHIR.
Tahniah kepada RTM1. RTM2 tak pastilah pulak. Sebab tak faham tengok Warta Tamil.
Saya tak pasti pulak wartawan-wartawan lokasi RTM1 yang berkenaan ni ingat lagi tak Principles Of Journalism? Journalism Codes and Ethics? Atau kod Penyiaran RTM?
Saya ada lagi nota-notanya. Nak pinjam?
Tapi tak tahulah jugak, kot kot editor bilik berita yang suruh keluar statement mutakhir tu. Wartawan lokasi pun apa lagi, siapa yang tak nak buat stand-upper kan? Orang kampung semua tengok. Kalau bertuah, ex boyfriend pun tengok sekali.
Nak kejar berita kejarlah. Tapi jangan sampai berita jadi khabar angin semata-mata. Warta berita bukan Gerak Khas yang boleh mengada adakan kes, bukti, saksi. Saya faham tuan!
Mungkin RTM1 nak kejar rating.
Sebut pasal rating,
Tahukah anda Gerak Khas merupakan rancangan di RTM1 yang paling tinggi ratingnya?
Tahukah anda Doraemon dan Crayon Shin Chan berada dalam TOP 5 rancangan yang mempunyai rating paling tinggi di NTV7?
dan
Tahukah anda Konsert Akademi Fantasia Akhir merupakan rancangan di Astro Ria yang paling tinggi ratingya? Oh dah tau...
sekian melaporkan,
Azrie Izham, TV3, Tanah Merah, Kelantan.
Bereh...
Wednesday, July 11, 2007
Ina-Suhaimi nikah 12 Ogos
Apa khabar semua?
Lepas subuh tadi terus telan Panadol AcitFast (macam mana entah eja).
Ada yang kata saya pelik sebab rajin menaip panjang di blog. Di alam realiti tak ada pula banyak bersuara.
Kalau saya pelik, ramai lagi yang pelik. Lebih pelik daripada biasa.
Banyak bersuara tak semestinya berfikir. Banyak berfikir pun tak perlukan suara yang banyak.
Entri kali ini saya ingat nak kupas
KITA SANGAT LEMAH?
Kita datang atau singgah ke dunia ini dengan pakej yang serba lengkap. Sepertimana firman Allah:
“Sesungguhnya Kami mencipta insan dalam bentuk penciptaan yang terbaik.” (Surah At-Tin, ayat 4)
Tetapi, kadangkala atau selalu juga kita merasakan diri kita serba kekurangan. Tak sempurna, tak cukup stylo, tak mengikuti arus trend. Tak cukup vogue. Memang selalu. Itu kita.
Kekurangan itu sebenarnya datang dari kita sendiri. Kelemahan diri kita sendiri. Selalunya punca kelemahan itu adalah kerana kita terlupa sesuatu. Terlupa untuk mengingati Pencipta kita. Bila kita terlupa untuk mengingatiNya, jauh sekali nak rasa nikmat Allah. Kufur nikmat.
Tak perlulah kita nak ragukan rezeki dan nikmat Allah.
"Dan ingatlah tatkala Tuhan kamu memberitahu, demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya aku akan tambahi nikmatku kepada kamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabku amatlah keras" (Surah Ibrahim, ayat 7)
Perasan atau tidak, dalam kita berasa diri ada sahaja kekurangan, kita tak pernah tidak untuk merendah-rendahkan seseorang. Asal ada yang tak kena tentang seseorang, deria kita cepat sahaja menangkap kekurangan itu.
Hakikat, kita tidak cukup tampan, tapi kita tak pernah tidak untuk cepat menilai orang lain tak hensem, muka macam sekian sekian.
Hakikat, kita tidak cukup cantik, tapi kita tak pernah tidak untuk cepat menilai orang lain tak cantik, muka macam sekian sekian.
Hakikat, sedar atau tidak? Apa yang kita kata nilaikan itu semua adalah ciptaan Allah. Layakkah untuk seorang hamba menilai timbangkan ciptaan Tuannya?
Hidup kita memang dipakejkan dengan neraca untuk menilai. Tetapi neraca itu letaknya pada tangan kita masing-masing. Untuk kita nilai diri sendiri, untuk kita perbaiki apa-apa yang dirasakan perlu.
Pernah tak kita renungkan, berapa kali sudah kita terlepas kata menilai orang lain?
Dan berapa kali pula sudah kita muhasabah diri sendiri untuk menjadi yang terbaik?
Inilah kita, bila dah rasa diri yang terbaik, kagum pada diri sendiri itu akan melampau-lampau melebihi kagum kita pada Pentadbir kita. Bukan pentadbir di pejabat pentadbiran. Tetapi Pentadbir yang mengizinkan kita untuk menjadi yang terbaik.
Tetapi harus diingat, terbaik bagi kita tak semestinya terbaik untuk orang lain. Untuk semua orang. Sebab tulah susah untuk kita nak puaskan hati semua orang. Nak puaskan hati sendiri? Senang... hehe
Sekadar ingatan. Untuk saya. Untuk kita.
Kesimpulan mudah, segalanya baik dan sempurna hanya datang dari Allah, yang buruk dan yang kurang sempurna itu datang dari kelemahan kita sendiri.
Selamat Beramal.
Monday, July 02, 2007
Oh, malam ni bulan penuh.
Assalamualaikum.Apa khabar semua pembaca. Oh, hai pembaca senyap. Baca diam-diam ye.
Semester pengajian sudah bermula lebih atau kurang seminggu atau dua.
Masih agak lapang.
Dek kelapangan tersebut. Saya pun merayau-rayaulah di sekitar alam maya bersama sang Aspire 5500z yang ini.
Dek kelapangan tersebut. Macam-macam yang saya biarkan menerpa masuk ke dalam kepala saya yang ini.
Jauh disudut hati
Aku masih bermimpi
Mimpi yang indah
Esok kau kembaliPernah dengar tak lagu ni? Eh, bukan lagu yang awak tengah dengar tu lah. Lagu ni. Jauh Di Sudut Hati. Allahyarham Sudirman yang pernah nyanyikan lagu ini.
Saya pun kali pertama dengar dan layan lagu ini sewaktu saya membuat projek video amatur membantu cikgu-cikgu yang memerlukan pertolongan. Nak pilih lagu yang syahdu. Terlebih syahdu jadinya. Jauh Di Sudut Hati punya pasallah.
Tadi. Entah kenapa tiba-tiba rasa nak dengar lagu ni. Dan ketika ini, dah 32 kali lagu ini di loop sesuka hati saya.
Banyak sebenarnya yang tersirat di sudut hati kita semua kan? Seperti juga Sudut Bacaan di kelas Darjah 5 Amal atau Sudut Tazkirah di surau. Jarang ada orang nak dekati.
Cukuplah mendekati sudut hati diri sendiri. Jauh memang cukup jauh. Sejauh dari sini ke bintang-bintang. Oh, malam ni bulan penuh.
Jauh di sudut hati maksudnya, hanya kita, hati kita dan Allah S.W.T saja yang tahu. Apa yang tersirat. Kita pendam, kadang-kadang dendam.
Sempat saya singgah di sudut hati saya. Sudut sebelah mana pun saya tak pasti. Yang saya tahu hati saya terletak di sebelah kanan atas rongga perut di bawah diafragma kot.
Alhamdulillah perjalanan saya ke sudut hati lancar.
Saya singgah dan duduk sekejap di sudut sana. Termenung.
Toleh belakang, ada pengalaman melambai, menyapa.
Pengalaman pancarkan projektor LCD Epson disebelahnya.
Tayangannya semua saya pernah lihat dan lalui. Tapi tak jemu masa saya tonton.
Pengalaman kata, dan janji akan terus setia di sudut hati saya.
Pengalaman tambah, dia kata, saya boleh pergi jauh.
Saya minta perincian.
Pengalaman bisu. Sekadar mengulang tayangan yang tadi.
Pengalaman bisik pula pada saya,
"Belajar..."
Saya angguk. Faham.
Saya berlalu. Tinggalkan sudut hati.
Mungkin bersua pula dengan nur, mimpi, harapan, impian, atau... awak?