Monday, August 20, 2007

Ekspresi Si Mata Sepet - Latah Anak Melayu...

Assalamualaikum.

Entri saya kali ini, saya tujukan khas buat anda dan juga Namewee.
Ah, siapa yang tak kenal sejak Harian Metro gembar-gemburkan kisah videoclipnya tempohari.

Tak kisahlah Namewee. Apa yang anda ekspresikan ada betulnya. Ada yang tersirat.
Cuma tak kena cara. Macam Namewee kata, lagu Negarakuku macam durian. Keras dan tajam, tapi siapa yang berani saja bukak dan tengok apa ada di dalam.

Namewee kata, Negarakuku ekspresinya tentang pengalaman sebenar. Betul. Saya setuju. Saya Melayu. Saya setuju dengan Namewee. Tentang kakitangan kerajaan, hak istimewa orang Melayu yang menggemukkan orang Melayu sendiri. Bab azan dan Al-Quran yang out of tune tu saya tak dapat terima. Namewee mungkin tak dapat bezakan Akademi Fantasia dengan Akademi Al-Quran kot?

Yang saya risau bukan soal Namewee bersama video-videonya, atau... Rais Yatim garu kepala dengan isu kedaulatan Negaraku yang ditahi-lembukan.

Saya tak risau pembangkang nak ambil isu Namewee jadi bahan ceramah dan berkempen mencaci kerajaan yang lembab memilih-milih akta mana agaknya yang sesuai untuk menghukum Namewee.

Yang saya risau, tabiat media yang gila cari publisiti dengan isu sebegini. Metro oh Metro, kalau ye pun nak bermain kejar-kejar dengan KOSMO!, janganlah terlalu terbuka sangat laporan tu. Cukuplah satu pendedahan videoclip Negarakuku tempohari. Ini, ada sequelnya lagi, laporan tentang lagu Kawanku, Namewee Muar Chinese. Lengkap dengan lirik terjemahan lagi Metro sediakan untuk tatapan semua golongan masyarakat. Kesannya?

13 Mei sudah berulang. Betul. Tak tipu. Tanpa parang atau keris tajam. Semuanya di alam maya. Internet ni...

Gila. Memang berperang habis-habisan di forum. Di blog Namewee, tikam menikam perkara biasa. Di Youtube? Cina kata Melayu bodoh pemalas. Melayu kata Cina kotor makan babi. Ah, parah.

Orang Melayu ni pun satu, cepat melatah terus mengasah keris hayun ke mata sepet bangsa tu. Segala maki hamun, peras ugut, carut marut karut. Lengkap pakej amarah orang Melayu (sebahagian) membantah karya-karya Namewee. Maka terpampanglah kedangkalan orang Melayu (sebahagiannya). Kesamsengan orang Melayu (sebahagiannya). Ke'rempit'an orang Melayu (Ya. sebahagiannya!)

Sebenarnya, Melayu dan Cina berkawan. Cukup baik. Tak percaya? Cuba pergi clubbing sekali? Ada Melayu, Cina. India pun ada. Muhibbah!

Kesimpulan?
Fikir berhikmah. Tak perlu melatah.

Melayu. Islam. Doa. Senjata. Selamat.

p/s: banyak betul cerita tentang Namewee dalam paper hari ni.

Friday, August 10, 2007

Lilin Pengorbanan : Antara Kluang dan Darfur.


Assalamualaikum.

Semalam, saya tonton berita. Seperti biasa, ada macam-macam tragedi. Tak kurang hebat, mercedes S Class bernilai 1M musnah begitu sahaja.

Namun, saya lebih tertarik untuk berfikir dan berfikir tentang sebuah tragedi kebakaran yang berlaku di Kluang. Tragedinya mungkin tak jauh beza daripada kebakaran-kebakaran yang pernah meragut nyawa-nyawa manusia sebelum ini.

Kisahnya penuh tragik. Dramatik dan tidak kurang ada ruang-ruang humanistik yang boleh intai dan ditamsil bersama.

Lima sekeluarga terkorban. Dijilat api lilin pengorbanan dua insan yang digelar ibu dan ayah.

Tiga beradik yang telah berjaya lari dari semarak api, kembali semula meredah api. Niat mereka suci, menyelamatkan ibu dan ayah yang masih terperangkap.

Fikir tiga beradik ini, pengorbanan ini, sedikit dapat membalas jasa ibu yang bertarung nyawa ketika melahirkan mereka.

Fikir tiga beradik ini, pengorbanan ini, sedikit dapat membalas jasa ayah yang setia memimpin tangan-tangan kecil mereka ketika pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah.

Fikir tiga beradik ini, pengorbanan ini, tanpa ibu dan ayah, bagaimana hidup kita yang entah berapa lama lagi?

Fikir tiga beradik ini, pengorbanan ini, tanpa ibu dan ayah, siapa nak menghantar kita ke menara gading esok lusa? Seperti ibu dan ayah pernah menghantar abang dan kakak.

Akhirnya, pergi tiga beradik ini abadi. Damai di sisi ibu dan ayah. Dengan izinNya, damai di sana.

Mungkin pemergian si ayah, ubat paling mujarab untuk melupakan dukanya bersama lilin pengorbanan saban malam.

Mungkin pemergian si ibu, ubat paling mendamaikan untuk berehat setelah penat dan lelah memerah keringat di warung makan.

Memang forensik pakar. Memang siasatan membawa kepada punca utama.
Namun, peleraian kepada klimaks kisah novela duka ini benar-benar meruntun jiwa minda untuk berfikir dan berfikir.

Seorang di UTHM, seorang di UPM dan seorang lagi baru sebulan dua di KMPP. Ini warisan ibu dan ayah yang masih ada. Belum sempat membalas jasa.

Si ibu dan ayah pergi bersama tiga adik kecil mereka setelah bergolok gadai sanggup menyalakan lilin pengorbanan demi perbelanjaan pengajian mereka.

Adakah hanya tragedi yang membuka mata institusi kebajikan?

Hanya tragedi yang mampu memadamkan api derita sengsara mereka?

Atau pilihanraya yang menjanjikan turapan jalan dan pemansuhan bayaran api, air tertunggak?

Atau pelawaan diplomatik, bantuan ke Darfur mampu mengubat derita mereka di Kluang, atau... entah di mana mana lagi?

Aduh, mengapa ke Darfur? Di sini masih ada lagi derita yang tersembunyi. Banyak, dan sangat banyak. Satu di Kluang. Setakat ini.

Esok, entah apa lagi...
Al Fatihah.

Tuesday, August 07, 2007

जुस्को Keramat?


Assalamualaikum.

Apa khabar?

Sihat sejahtera hendaknya adinda di sana.

Cuti mid sem breakdown masuk hari kedua.
Simpsons The Movie sudah settle. Amat sakarstik. Tahniah.

Tadi jalan-jalan sekitar wikimapia.
Terserempaklah dengan penemuan di atas. (Gambar)

Ura-ura yang mengatakan Jusco akan di buka di Keramat terjawab sudah.
Berjalan kaki untuk membeli Secret Recipes atau Nandos (Harapnya adalah branch kedua-duanya)

Bekas tapak rumah panjang ini dijadikan tapak mula bina Jusco DUN cawangan Keramat. Persaingan makin hebat. Giant, Carefour, Jusco dan Jusco.

Kita tunggu dan lihat apa yang bakal terjadi seterusnya. Adakah foodcourt yang terdapat western sedap gila akan lenyap? Atau pasar malam minggu agak hilang punca kelak?

Keramat sudah semakin maju. Kalau dulu hutan meliputi segenap pelusuk geografi, tidak hari ini. Tupai dan musang buah berlumba-lumba di atas bumbung rumah. Tiada lagi dahan pohon rapuh untuk bermain seperti dulu.

Adakah Keramat akan menjadi seperti Springfield?

Fikir-fikirkan. (Ayat pembaca berita RTM di penghabisan Berita Dunia)

lanjut: WIKIMAPIA KERAMAT