Thursday, December 27, 2007

TOP 25 Sepanjang Tahun 2007 - Kata Kunci

TOP 25 Sepanjang Tahun
  1. Kolej MIIM / MIIM ...
  2. MIIM disita / sita MIIM ....
  3. azrieizham
  4. natashaismail (hoh??)
  5. hasnida hanim ahmad kamil
  6. plan dapur kering dan dapur basah
  7. plastik isi kerepek
  8. "gajah duduk"
  9. aruzahazzi blog
  10. asal usul gamelan
  11. aslina mati hidup semula
  12. baju pengantin kawasan bagan serai
  13. cara mengantok
  14. izzah azura
  15. kisah benar pelajar di rogol
  16. pakej video amatur
  17. skandel zakiah anas
  18. sazri ahmad juraimi
  19. forum lelaki lembut perempuan keras (???)
  20. sabar walaupun teraniaya
  21. sembilu kasih episod akhir
  22. zakiah anas dengan aktiviti masa lapang
  23. pakar sakit puan
  24. gambar bukit botak di selayang
  25. celcom sim card rejected

Demikianlah statistik yang diberikan Encik Analytics kepada saya. Terima kasih.

Kepada yang berusaha gigih mencari maklumat-maklumat berkenaan perkara di atas, maafkan saya sekiranya tidak dapat memenuhi kehendak kamu-kamu. Terutamanya ...err yang nombor 19. Saya tak faham.

Daripada senarai di atas (dan banyak lagi) entah berapa saja yang memuaskan pencarian kamu-kamu semua ya?

Terfikir sekejap. Apa perlunya blog saya ini? Berkongsi informasi? Saya tiada info tentang baju pengantin di kawasan Bagan Serai, Skandal Zakiah Anas (oh, saya tidak tahu menahu tentang skandal ini, sesiapa yang ada info sila khabarkan kepada saya ya?) dan lain-lain.

Baru saya sedar. Blog ini sekadar rapuan-rapuan atau tulisan emosi yang diselitkan sehelai dua fakta yang tidak seberapa. Banyak blog yang begitu. Tapi apa salahnya kan?

Tunggu dan lihat sajalah. Sampai mana noktah riwayat blog ini.

Sehingga... bertemu lagi?

Thursday, December 20, 2007

Harijadi dan Selamat Tinggal Kamu-kamu.

Assalamualaikum. Salam Aidil Adha.

Terlepas hajat untuk menyediakan satu entri pada 19 Disember. Harijadi saya. Sebenarnya dengan blogger saya boleh saja adjust tarikh dan masa menjadikan hari ini hari semalam.

Tetapi saya yakin dengan realiti dan perjalanan masa. Dah sudah tu sudahlah. Kan?

Penghargaan tidak terhingga kepada semua yang menghantar ucapan menerusi pelbagai medium teknologi. Saya sayang kamu semua. Lebih-lebih first wisher by SMS. Ya. Kamu. Bukan kamu tau. Jangan nak perasan.

Saya tak akan lupakan pengalaman berharijadi tahun ini. Kaki dan tangan berbalut. Mau bergerak ke mana-mana pun sukar. Cuma jari yang ligat di pentas tari papan kekunci.

Seperti yang saya ujar terlebih awal, saya yakin dengan realiti dan perjalanan masa. Siapa agaknya saya untuk menidakkan perjalanan masa. Begitu juga perjalanan kehidupan Abang Long, Kak Zatil & Harith.


Sudah berangkat ke daerah seberang sana. Amerika Syarikat. Seberang sebelah mana saya kurang pasti. Kena tonton CSI untuk pastikan. Err... atau National Treasure Book Of Secrets.

Abang Long sudah biasa pergi jauh. Merata-rata. Urusan kerja. Kali ini, urusan belajar. Juga urusan pembangunan keluarga. Tak lama mana. Setahun dua.

Ah. Pasti rindu pada si Harith dan keletahnya. Tak apa. Wireless Network Connection "Thomas" ini mungkin mengubat sedikit rindu. Atau menggamitnya?

Semoga selamat segalanya. Pergi, berdiri dan kembali.



Intai padi antara masak,

Esok jangan layu-layu,

Intai kami antara nampak,

esok jangan rindu-rinduan.

Sunday, December 02, 2007

Juara Lagu Di Hati 1

Haha. (Maaf. tergelak sebelum memberi salam)

Assalamualaikum.

Bulan terakhir kalendar masihi. Datang lagi. Disember.


Aku suka Disember.


Di dalamnya ada cerita-cerita


Bukan cereka boneka atau lakonan semula


Tapi sebuah sketsa dan kehidupan yang sama sebati



Di dalamnya ada cerita-cerita dan lagu-lagu


Cerita dan irama yang mulanya


Seawal usia masa


Tanpa layar atau penghias pentasnya


Juga tanpa pentadbir atau penata


Aku dalam cerita dan melodi ini


Terkadang siur di lurus jalan


Terkadang tongkah jalanan bengkok



Wah. Sekadar mukaddimah sumbang tak bernoktah dari saya.

Entah apa yang istimewa tentang Disember.

Untuk blog,

Selamat Ulang Tahun Kelahiran. Masih setia dengan nama yang sama. Domain yang sama. Tema dan warna saja yang silih bertukar ganti.

Untuk kamu-kamu semua,

Terima kasih. Kris Dayanti sampaikan pesan, Cobalah Untuk Setia. Jennifer Lopez pun sms suruh saya sampaikan pesan kepada kamu-kamu pembaca semua, Lets Get Loud.

Untuk awak,

3 Doors Down minta saya sampaikan pesan ini, Here Without You . The White Stripes tambah, I Just Don't Know What To Do With Myself. Sebab tahu awak takkan balas, Everly Brothers tolong jawab, All I Have To Do Is Dream. Apa-apa pun, ikhlas saya sampaikan pesan dari Willie Nelson, You Are Always On My Mind.


Untuk SB 600, AF 55-200 VR, AF-S Zoom-Nikkor ED 18-200mm f/3.5-5.6G IF DX VR , Manfrotto, ELN-L9 dan lain-lain,

The Wonders minta saya sampaikan, I Need You. Tapi Rossa menyampuk, Tak Termiliki (Remix). Hehe.

Untuk abang-abang HINDRAF yang garang itu,

"Hey Waley!" kata Reshmonu.

Sekian buat waktu ini.