Thursday, March 27, 2008

Siapa orang pertama yang mengadakan tag ini?

Salam Sejahtera.

Apa Khabar semua?

Saya telah di tag. Sekali lagi. Oleh Si Ixarism dan Encik Pundakism.

Rukun-Rukun Tag. Ada 5.

1. Pilih 5 atau 50 pautan kegemaran.
2. Tag balik 5 orang.
3. Pautan haruslah suci.
4. Maklumkan orang yang ditag.
5. Sebut nama orang yang tag kamu.

Rukun 1 - Pilih 5 atau 50 pautan kegemaran.

PAUTAN 1

Photo School : Mulanya, 'terjebak' ke pautan ini menerusi carian di Google setengah tahun yang lalu. Search 'dslr forum' atau apa entah. Dah lupa. Tapi sehingga hari ini, saya tidak pernah menyesal 'terjebak' ke pautan ini. Lebih tepat, ke arena fotografi.

Shutter speed? Aperture? ISO? Compo? DOF? RO3? Semua lengkap di sana. Untuk kamu yang suka layan DSLR auto-mode di 'gig' pada hujung minggu, Photo School tempat yang baik untuk kamu menyedari hakikat kenapa gambar Noh Thoiron Ababil yang kamu ambil menjadi blur atau banyak noise.

PAUTAN 2

Deviant Art: Satu pautan ketika saya dahagakan idea. Karya-karya tak pernah tandus di sini. Contohnya, ini. Ah. Kamu rasa biasa saja? Itu kamu. Di pautan ini? Juga saya dapat menyedut ini atau ini.

PAUTAN 3

Jiwang: Juga tempat saya menyedut. Segar.

PAUTAN 4

Free Trade Zone: Pasar borong. Tempat saya memerhati kalau-kalau ada yang menarik. Juga tempat menyervey (kata dasar: 'survey') harga market perkakasan fotografi.

PAUTAN 5

Friendster/ Myspace dan Facebook: Maaf. Saya terkeluar sedikit dari rukun. Tapi prinsipnya tetap sama bukan? Pautan ini, bagi saya adalah sangat ajaib dan amat mempengaruhi komuniti dan persekitarannya.

Misalan, di pejabat boleh berbalas komen. Bos sekilas lalu, tukar tetingkap Document 1 yang masih sebaris macam tadi.

Ada juga berbalas bulletin. Haih. Bulletin jadi macam YM saja. Sepatah dua pun dibulletinkan.

Juga budaya berbalas poke di lab mahupun fac. Status di YM 'bz assignment bersepah, lab report!!!' atau 'arggghhh tensennn... no disturb plzz assignment!' atau 'research for bla bla bla'. Tapi tetingkap pada yang sama, poke mesti di balas, 'dinding' mesti di conteng.

Saya gunakan 3 pautan tadi untuk tujuan mengendap, mengintai bekas-bekas dan bakal kekasih. Erk. (Maaf. Frasa 'bekas-bekas dan bakal kekasih tidak dikenakan dengan mana-mana link. Bahaya.)

Sekian para pautan saya. Mungkin nanti ada masa saya listkan 50 pautan pula ok?

Rukun 2 - Tag balik 5 orang.

Tag orang yang saya malas. Tapi seronok.

  1. Semua dalam pautan saya di tepi tu. Yang pernah menerima tag yang sama? Tak perlu lah. Oh ya, kamu-kamu yang tersingkir dari pautan saya, sila ingatkan saya untuk tambah di senarai sebelah sana ok? Tak sengaja.

  2. Juga kamu-kamu yang berada di sini. Oh, tidak termasuk mereka yang menarik diri ok?

  3. Ija. Sila layan tag saya ok? Bereh.

  4. Penulis Blog TOGETHER-GATHER

  5. Juga, eh siapa lagi? Pembaca senyap. Dari Denmark, Sungai Udang dan lain-lain taklukan.

Rukun 3 - Pautan Harus Suci

Ya. Sememangnya suci. Err.. tiada jaminan untuk pautan ke 5.

Rukun 4 - Maklumkan Orang yang di Tag

Err. Baik.

Rukun 5 - Sebut nama orang yang tag kamu

Ixarism dan Pundakism. Nama samaran kedua-duanya. Saya akan sebut selalu sebelum tidur.

Itu sahaja.

Sunday, March 23, 2008

AF

Sebutir pesanan ringkas. Diterima.

"Layan AF?"

Dibalas, " Tak jugak. Kadang-kadang layan MF. Ikut pada subjek & compo lah"

Si pemberi pesanan sedikit terpinga. Sekejap.

Lalu sambung menonton.

Bagasi yang ditarik ke pentas utama.

Thursday, March 20, 2008

Sekarang Saya Tahu Kenapa banyak Gambar Pak Lah Tidur di Internet.


Bangun Subuh dan 'ter'tidur semula.


Bangun semula. Ada Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan. Dibawakan oleh RTM 1.
SPB YdPA sedang bertitah. Dengar sekejap. Pergi mandi.


Habis mandi. Masih lagi. Ampun tuanku, tumpang lalu. Pergi pakai baju.


Siap berbaju. Dan seluar pastinya.

Ke dapur.

Baginda baru duduk di singgahsana sementaranya. Pengerusi acara mempersilakan SPB YdPA sekali lagi bingkas mengurniakan anugerah kepada para penerima Anugerah Maulidul Rasul.

Riuh sedikit Stadium Putra Bukit Jalil.

Perlahankan sedikit volume tv di dapur. Tumpu perhatian kepada sarapan dan milo panas. (Saya tak minum kopi. Sebab itu, barangkali saya jarang kelihatan di Coffee Bean ataupun Star Bucks)

Riuh lagi Stadium Putra Bukit Jalil. Gadis-gadis comel (Ya. Comel. Jurukamera bikin shot 'close-up' satu per satu) sektor kerajaan berbaju sedondon teruja melihat Dr. SMS di layar besar stadium. Dr. SMS turut menerima anugerah Maulidur Rasul. Tahniah.

Kini, tiba masa persembahan. Nasyid. Dan persembahan multimedia. Berlatar backdrop yang terperosok ke belakang pentas, dan bunga-bunga segar mengelilingi pentas.

Tertunggu-tunggu juga kalau-kalau Awie dan Nazrey berduet lagu Tuhan atau Akil Khayy dengan nasyid dan komedi satiranya atau Ramli Sarip dengan gitar, stand mic dan lagu Kau Yang Satu.

Hampa. Nasib sudah kenyang dengan sarapan. Kurang hampa.

Nasib Hijjaz dan Mestica.

Kalau kumpulan nasyid wanita dari JAKIM atau Jabatan Kebajikan Masyarakat? (tiada apa yang salah di sini. Sumpah!)

Nasyid diselitkan sama dengan video-video bermesej Hadhari.

Tukar channel. TV Pendidikan. Segmen Pendidikan Moral. Nilai-nlai murni, Menolong Orang Tua. Dapat juga sesuatu. Voice over untuk segmen ini lancar. Menarik. Perempuan.

Tukar kembali ke RTM 1. Pancaragam PDRM sedang memainkan lagu Negaraku. SPB YdPA berangkat pulang. Majlis selesai.

Pastinya sambutan yang sama setahun lagi.

Sudah. Sudah.

Sekarang saya tahu kenapa banyak gambar Pak Lah tidur di Internet.

Anda tahu kenapa? (tidak berniat sama sekali untuk memancing komen)

Monday, March 17, 2008

Menjelma Semula

Cerita I

Sebulan dua tanpa update, ada juga saya terima emel. Beberapa.

Salah satu:

Encik Azrie,

Ko x knl ak. Tak pyh ler ko knl ak.

Tapi ak bc blog ko.

Aku suke bc. Tapi tak sume. Bl nak smbg menulis? Ak nk bc.

dari,
MR. F

Saya balas. Dalam hati, "sekurang-kurangnya aku tahu kau lelaki.
Ada akaun gmail. Dan akaun gmail itu kau gunakan untuk akaun Friendster kau.
Jadi... err.. tak apa. Aku tak kenal kau. Jangan risau ok?"



Cerita II

Pagi hari pembuangan undi.
Berjalan dengan Sang Nikon bertatah lensa lightweight telephoto zoom.

"Dari mana?" Saya pasti. Dia jangka saya dari mana-mana media.

"Dari rumah, Keramat" saya balas. Selamba.

Lelaki hampir separuh abad itu berkerut. Tangannya masih erat memegang poster.

"Tak, maksud saya, awak dari media mana? TV 3 suku? Berita Haruan? Utusan Meloya?"

Dia tanya lagi. Sinis sedikit nadanya.

"Oh. Tidak. Freelance. Tak buat liputan. Sekadar tambah koleksi,"

"Baguslah. Ingatkan tadi media arus perdana. Anjing kerajaan bla.. bla... berat sebelah... bla... bla... berita fitnah... bla... bla..."

Saya senyum. Sambil berundur sedikit ke belakang.

Butang pelepas shutter ditekan. Lagi.