Saturday, May 31, 2008

Harith!!!


"Cd besday, nak"
"No!"
"Cd besday ekk"
"No!"

Lama tak tengok CD Birthday Harith. Rindu.
Dari Barney ke Thomas. Thomas ke Cars. Cars ke ape ntah lg sekarang?
Cik Nah pun kadang-kadang bukak You Tube Thomas. Tak pun thomasandfriends.com.
Rindu lah tu.
Bukak Astro Ceria. Disney Channel. Cartoon Network. Dora. Blue's Clues. Huhu.
Semua orang pun rindu.
Hamster pun.

Happy Birthday. 5 Tahun. Tahun ni ade CD Birthday tak. Nak. Nak.

Friday, May 30, 2008

YaY! !eXm Da AbEs..Ms UtK eNjOY!! hUhU..

AMARAN: tajuk di atas sekadar di copy-paste dari MaSpAcE~~

Masanya telah tiba.
Lama tidak menjelma.

Peperiksaan akhir bakal menjelang tiba seminggu dua lagi.

Genre Studies
Media Planning
World Media System
Public Opinion And Propaganda

Saya, tolong jangan poke orang ketika sedang menelaah nota. Masa lain tak apa.
Saya, tolong jangan balas Buzz gadis itu. Saya tidak available sama sekali. (baca: di YM)
Oh ya, suis wireless ada. Boleh off.

Nantilah. Ada komen baru di blog.

Ah.

Kamu, nah bateri laptop ini. Tolong simpan. Sampai 19 Jun. Boleh?

Tak. Nanti tak update blog.

Sudah.

Oh ya, pointer, duduk situ diam-diam. Nanti jatuh.


Doa dan harapan.

Wednesday, May 21, 2008

Keghairahan terhadap Bola. (Ditapis)


Assalamualaikum.


Saya cukup pasti. Ramai diantara kamu yang gilakan Blythe, Gundam bolasepak.


Lebih spesifik, perlawanan 'spotlight' Man U menentang Chelsea lewat pagi nanti.


Ada yang ghairah mengajak rakan ber 'teh tarik' menyaksikan perlawanan hebat ini. Ada juga yang berhimpun beramai-ramai di rumah sewa menonton melalui tv 14 inci yang belum habis bayar. Mana-mana situasi pun pasti ada keghairahannya yang tersendiri.


Maaf, saya gagal dalam mengulas panjang bab Scholes yang lincah di barisan tengah atau Lampard yang suka membuat cubaan luar kotak penalti. Saya akui.


Saya merupakan seorang lelaki yang tidak terangsang kepada bola. Er. Bolasepak. Maskulin, bagi sesetengah individu, kurang sifatnya tanpa minat ke arah bolasepak. Liga Juara-Juara atau Liga Perdana Inggeris misalnya. Maaf kepada kamu-kamu yang mengajak saya berbual mengenai sepakan percuma yang diambil Drogba. Saya kurang ambil tahu. Ambil tahu. Tapi kurang.


Bercakap mengenai keghairahan terhadap bolasepak, rata-rata lelaki (dan wanita) mempunyai koleksi atau sekurang-kurangnya satu jersi pasukan kesayangan mereka. Chelsea. Misalnya. Saya juga mempunyai koleksi jersi. Kerana saya suka kain jersi. Licin dan menyegarkan. Erk.


Berikut merupakan koleksi jersi yang saya simpan sehingga hari ini.



  1. Jersi pasukan Germany (Hitam) : Di beli pada Karnival Muhibbah di Ampang.

  2. Jersi pasukan Real Madrid (Putih) : Juga (terbeli) di Karnival Muhibbah. Saya agak musykil dengan jersi ini. Nombor 23. Dengan nama SARHAN. Bukan Beckham. Siapa kenal SARHAN?

  3. Jersi Pasukan Jepun (Biru) : Ini abang saya bagi kepada saya. Dia tak muat rasanya. Jersi ini lawa. Saya suka. (rujuk gambar di atas)

  4. Lain-lain jersi tanpa nama pasukan. Pelbagai warna. Merah, putih, hitam, biru.

  5. Jersi pasukan bola keranjang masa sekolah dulu. Saya player nombor 9.

  6. Terbaru, jersi pasukan kebangsaan. Nike. Beli 2 minggu lepas. Akhirnya dibeli kerana baju itu merupakan satu-satunya baju kuning yang saya muat setelah jenuh mencari di Berjaya Times Square.

Bercakap juga mengenai bola, saya sedikit terkesan dengan prinsip sesetengah individu.


"Buang masa je meletakkan keghairahan pada sebiji bola yang ditendang-tendang sekeliling padang selama 90 minit"


Tapi biarlah. Lain jersi lain pendapat. Yang biru tetap biru. Yang merah tetap merah. Jangan keghairahan ini membuakkan semangat partisan sesama individu sudahlah. Untuk suka-suka hati sahaja.


Sudah. 3-1 malam ini. Siapa menang saya tak pasti. Yang penting Ronaldo, Giggs dan Rio seorang satu. Ok?

Friday, May 09, 2008

Bila Lensa Menjengah Melaka: Prolog

Baru pulang dari Melaka Bandaraya Bersejarah dalam hidup saya.

Banyak nak taip.
Banyak juga gambar nak dipaparkan.
Belum punya masa yang sesuai.
Mungkin nanti malam.
Atau esok pagi.

Sekadar pembuka selera.
Tanpa cencalok atau dodol gula melaka.

Thursday, May 01, 2008

Untuk Apa Saya Belajar?

Assalamualaikum.

Bagaimana perkhabaran kamu-kamu semua?
Masih ghairah dengan AF sepertimana musim-musim yang lalu?
Ya. Saya akui. AF gurang mengghairahkan musim ini.
Tapi, ok lah tu.


Ok. Bukan AF jadi bahan cerita utama kali ini. Lama tak bercakap mengenai saya dan kehidupan saya sendiri. Oh ya, bukan kehidupan 'hangout wif ma fwenzz at HartaMaZzz or TeLaWee TwEee.. winKz2 xoxo'.
Tapi kehidupan saya yang saya sendiri kurang pasti entah berapa lama lagi ini.
Puas hidup? Hari ini sudah 4 Mei.


Bercakap soal pelajaran, bosan. Tapi itu tanggungjawab. Sebagai pelajar.
Dengarnya seakan terlalu 'Buku Boyz' tapi apakan daya, lumrah hidup.
Kita pelajar, belajar. Penyanyi, menyanyi dan buat silap mata atau buka baju. Perogol pula, merogol.


Untuk apa kita belajar?
Untuk pandai. Ya. Itu jawapan saya semasa di darjah 3 Amal dulu.


Tanya sekali lagi pada diri sendiri semasa saya di tingkatan 5 Arif.
Untuk apa kita belajar? Untuk pandai?
Hah. Bila agaknya saya akan pandai membezakan tiub eustachio dengan tiub fallopio?


Tak jemu bertanya diri sendiri. Tak terjawab kali ini.
Setelah keputusan SPM menjelma tiba.

Saya pasti keputusan itu mengecewakan banyak pihak. Termasuk pihak perempuan. Erk.


Keluar alam persekolahan, saya sedar. Saya perlu belajar lagi. Dan mahu.
Untuk apa? Untuk terus belajar. Dan belajar.


Saya tak sebertuah kamu-kamu yang gembira tak terhingga mendapat khabar 'sukacita' sebaik memasukkan nombor kad pengenalan untuk semakan keputusan pelbagai permohonan pelajaran. Bertuah atau tidak kamu-kamu sekarang? Saya kurang pasti.


Cukup kisah dua atau tiga minggu di institut itu, saya tinggalkan.
Beralih ke kolej ini hari ini.


Ah. Persetankan itu semua. Tinggalkan juga masa itu.
Sedar. Banyak saya mempersiakan nano-nano masa dan harapan. Tidak lagi.


Peperiksaan hampir tiba.
Hah! Peperiksaan. Dan High Disctinction.
Itu sebab saya belajar.


Oh ya, saya belajar sebab nak jadi kaya. Boleh?