Monday, June 30, 2008

Mengapa Facebook

Selesai 90 minit perlawanan, tak mengantuk pula.
Saya pun menghabiskan masa di atas talian.
Hah. Facebook. Jarang-jarang buka
Ada orang bagi pulut inti di Facebook?
Wah.
Sekarang saya ada lebih sebab mengapa perlu saya selalu buka lepas ni.



  1. Tiada HAwTz GuRlz Ma SpaCe xOXoxo yang gemar mengambil gambar sendiri di Facebook.
  2. Tak nampak pula saya nampak bulletin yang berbunyi, OnLiNe nOw atau CummeNt Ma NeW pIccAZ.
  3. Kat mana lagi orang bujang nak makan Roti Jala sambil berpelukan dan 'cheek kissing' sesuka hati?
  4. Boleh baling Paris Hilton kepada Faizal Tahir.
  5. Kat mana lagi nak tengok Mamat Khalid terima Anugerah Oscar?
  6. Kat mana lagi nak terima tawaran bercium dari bekas kekasih?
  7. Boleh makan Cendol Melaka dan Ais Kacang berkali-kali tanpa perlu risau diabetes.
  8. Kat mana lagi nak tengok pertempuran ArmadaHMS Venturer (1943) dengan Great Harry (1514).
  9. Kat Facebook boleh bela pontianak.
  10. Boleh pillow fight dengan pensyarah sendiri.

Setakat itu, ini saja.

Ada sebab tambahan?

Friday, June 27, 2008

"Cinta tak datang hanya sekali"

Lebih atau kurang setahun yang lalu, saya sendiri pernah pergi menonton filem Cinta. Sungguh teruja. Bukan semata-mata melihat dari aspek penceritaan dan kisah 5 cinta berbeza yang digarap dengan cukup bersih tanpa sebarang cacat cela.



Malah, sinematografinya sama sekali membuka mata khalayak untuk melihat sesebuah penceritaan dari aspek fotografi dan persembahan visual yang diluar kotak fikiran.



Semalam, selepas setahun berlalu. Sekali lagi keterujaan itu terpacul selesai menonton filem kedua garapan Kabir Bathia, SEPI.

Kalau nak ulas tentang jalan cerita, saya rasa better kamu-kamu search saja di google.

OST semuanya kena dengan tema dan watak.

Afdlin (Adam), kamu adalah diri kamu. Simple tapi penuh impak. Kamu bawa watak yang berpura-pura bahagia dengan cukup sempurna. Oh ya, terima kasih kerana menjemput saya menonton filem ini.

Vanidah (Ilyana), saya dapat bau sama haruman Camelia pada rambut kamu. Hmm.. wangi. Saya suka moment 'hujan tepung'.

Nasha (Suzie), kamu gedik. Menyampah. Tahniah.

Tony Eusoff (Sufi), saya turut sama termengah-mengah melihat kamu berlari tanpa henti. Sampailah kamu berhenti berlari. Saya tarik nafas dan lepas.

Eja (Marya), kamu selesa dengan watak-watak sebegini sebelum ini. Tapi kamu ada faktor X dalam cerita ini; 'Humming' lagu Aku Bukan Untuk Mu. Juga penyepit rambut.

Riezman (Zain), penjual ikan. Suami Marya. Tak ada yang istimewa. Watak biasa. Tapi tak menacacatkan cerita.

Ahsraff. Anak Sufi. Sapu lambakkan jem ke atas buku roti, memang perlambangan yang bijak.

Baizura Kahar (Imaan), memang tak sangka kamu rupanya 'pusat' kepada perkaitan antara 3 cerita. Mantap. Mengisi jiwa remaja yang menonton.

Syed Hussain (Ean), jarang-jarang nampak kamu berlakon. Sekali-sekala memang menjadi. Perubahan sikap kamu dalam watak Ean memang menjadi.

Pierre Andre (Khalif), renungan, body language dan kemunculan kamu yang sekali-sekali memang sebijik macam lakonan kamu dalam Jangan Pandang Belakang. Faktor X kamu mempengaruhi; sangat mempengaruhi emosi dan realiti Imaan. Potongan kertas comel tu sangat berkesan.

Oh,

Kepada kamu-kamu yang duduk di seat belakang saya semalam, kalau nak bersembang tentang iklan Twisties dan bergelak ketawa semasa babak sedih, sila tengok wayang kulit. Itu lebih baik.

Hujung-hujung bila credit line keluar, kata filem SEPI ni tak menarik dan bosan. Kamu-kamu sebenarnya yang membosankan.

Akhir kata,

Dalam hati berkata;

Finally... Malaysian know how to make movie.

Kongratulasi.

Wednesday, June 25, 2008

Sepi- Filem Magis

Satu lagi filem terbit dalam senarai filem 'mesti tonton di panggung, bukan sedut dari torrent saja'.




Sepi. Namanya dari segi komersial dari mata khalayak tipikal Malaysia sangatlah 'menggelikan' serta dianggap meleleh. Begitu juga filem Cinta suatu masa dahulu.


Tapi filem ini juga yang menjadi filem terbaik di Malaysia. Sekurang-kurangnya diiktiraf terbaik.


Nama Kabir Bhatia sebenarnya yang menjadi faktor utama mengapa saya sendiri ternanti-nanti penayangan Sepi secara rasminya pada 26 Jun 2008.


Keindahan sinematografi Cinta. Siapa yang mampu menafikannya. Itu juga harapan saya dalam persembahan Sepi. Madnor Kassim (sinematografer Cinta juga Sepi) lebih mengerti bagaimana menarik khalayak ke pawagam dengan permainan sinematografi serta fotografi.


Isu sebenar yang timbul apabila saya nyatakan pendirian saya (seperti yang di atas), muncul cakap-cakap dari rakan saya yang tetap dengan pendirian tidak sama sekali akan menonton filem Melayu. Oh. Malaysia.


Inilah pemikiran tipikal sepertimana yang saya paculkan dalam perenggan yang lebih atas. Filem yang dibikin dan dilabel sebagai filem tempatan kurang mendapat tempat di hati khalayak. Sebodoh-bodoh Meet The Spartans sehinggalah ke filem penuh estetika serta persoalan intelektualiti seperti Nuovo Cinema Paradiso semua pun boleh tonton. Tapi tidak filem tempatan.


Mungkin silap pembikin tempatan yang kurang kreatif mempelbagaikan persembahan persoalan 'cinta' yang sering dimainkan dalam karya.


Mungkin silap pembikin tempatan yang gila mengkomersialkan pelawak-pelawak bagi menarik jumlah kutipan tiket di pawagam. Sampai habis kering kontang idea lawak dan originaliti seorang pelawak kerana terlalu mengikut-ikut rentak skrip.


Kadangkala (kebiasaannya) saya sendiri lebih terhibur dan terkesan menonton filem-filem pendek garapan pembikin filem indie yang bajetnya rendah. Kerana mereka tak pernah kenal erti menepati citarasa pihak penerbitan atau penapisan skrip yang melampau.


Kamu, sekurang-kurangnya berilah peluang kepada pembikin filem tempatan. (Tapi tak perlulah beri peluang kepada filem yang tak perlu dan tidak layak diberi peluang)


Sepi. Harapan saya tinggi. Esok kita saksikannya bersama-sama ok.

Monday, June 23, 2008

Tamat Satu Lagi Semester

Alhamdulillah.

Maka dengan ini tamatlah sudah pengajian saya untuk semester yang ini.

Pengalaman di tempat baru (tempat saja yang baru) yang lebih dekat dengan rumah sedikit meriangkan walaupun pada masa yang sama ada semacam jeritan batin yang sukar ditafsirkan sedang meronta entah apa.

Ditempat yang lebih kecil, keakrabannya terasa sedikit besar. Kalau dulu. Memanglah bangga dengan mercu di puncak Wangsa Maju itu. Tapi tak apalah. Sekurang-kurangnya sudah selamat satu semester di tempat baru.

Di mana pun saya dah tak kisah dah. Yang penting kepada para pensyarah, selamat datang ke blog saya. Tahniah dan terima kasih di atas segala tunjuk ajar serta perkongsian pengalaman ya. Selamat menanda kertas jawapan. Anda sekali sangat budiman dan baik hati. Ehem.

Insya Allah. Sepertimana Cik Beto cakap, merdeka sebetul-betulnya adalah hari result keluar. Dengan deretan A. (Harap-harapnya).

Semoga cuti ini menjadi cuti paling bermakna buat saya seumur hidup. (Erk. Tidak termasuk cuti bersempena perkahwinan saya nanti)

Sekian.

Friday, June 06, 2008

Harga Minyak.

Saya pasti ramai yang berulang kali refresh halaman ini menantikan update dari saya saban masa. Hit sudah membuktikan perkara yang tersebut.


Isu kenaikan harga bahan bakar dan pembahagian subsidi untuk kenderaan persendirian telah sebati dengan persekitaran kita hari ini.

Majoriti daripada rakyat (melalui pemerhatian saya) melontarkan cemuh dan amukan hati.
Saya bersama pendirian saya sendiri dalam tulisan kali ini, komentar-komentar rasa tidak puas hati atau caci maki terhadap kerajaan pemerintah sekadar mencurah air ke daun keladi.

Kalau tidak hari ini, esok lusa pasti harga bahan bakar naik. Dan esok lusa kamu-kamu akan terus komplen sepertimana pernah kamu-kamu lakukan beberapa tahun lalu.

Saya tiada fakta, graf, carta atau analisa untuk dipaparkan sama. Kamu-kamu di cafe pejabat mahupun warung seberang jalan lebih arif tentang itu. Waktu rehat pagi, tengahari serta makan petang. Asyik sekali mengeluarkan fakta (atau auta) berkenaan isu bahan bakar ini. Diselang selit dengan komplen serta umpatan terhadap gaji atau bonus serta BMW plat 2 digit
baru majikan. Alih-alih esok pagi kelam kabut bangun pagi redah jem takut lambat ke pejabat.

Kerajaan tak prihatin terhadap rakyat miskin atau golongan kurang berkemampuan? Nah, ini satu lagi permasalahan sikap. Hei kamu, jangan salahkan kerajaan semata. Kalau kamu miskin, mahu terus meminta-minta? Meneguk subsidi yang entah sampai bila kerajaan mahu manjakan?

Bergaul dengan golongan kurang berkemampuan? Ramai dikalangan rakan saya.
Bergaul dengan golongan berada? Ramai juga dikalangan rakan saya.

Beza yang saya nampak pada kedua-dua golongan ini, yang kurang berkemampuan terus merungut dan mengeluh "aku mana mampu" dan segala macam lagi keluhan resah.

Yang golongan sedikit berada, terus berbelanja sakan. Keluar saja wang tunai. Saya pernah tanya kepada mereka, samada tak takut ke duit habis?

Apa yang dijawab mereka?

"Aku percaya pada rezeki. Habis yang ini, aku carilah lagi"

Orang berada ada sebab kenapa mereka berada. Ada paling kurang, mereka ada usaha yang lebih dari yang kurang berada. Pertikai soal under-table conspiracy atau perspektif songsang.

Kita-kita digolongan pertengahan serta kurang berkemampuan ini. Kalau nampak saja Audi A4 di lampu isyarat, terbeliak memandang. Sampaikan kena hon oleh kereta belakang baru kita jalan.

"Orang kaya, bolehlah"

Desus hati kecil kita. Bukan begitu?

Jangan tipu saya.

Sudah. Berhenti meminta-minta. Merungut dan bersungut sambil lepak di kedai mamak. Atau di cafe pejabat sampai terlajak waktu rehat. Yang untung, taukeh kedai bukan kamu.

Kalau sekarang kita-kita dalam lingkungan 20 tahun, dengan attitude sebegini rupa. Pasti pada harijadi yang ke 40 kelak, kita-kita masih mengeluh dan berpeluh-peluh bila harga bahan bakar terus meningkat. Oh, anak-anak kita pun join sekali mengkomplen. Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan?

Tak ada siapa nak ubah nasib kita. Kerajaan takkan mampu ubah nasib dan gaya hidup kita dengan sogokkan subsidi. Nak tunggu peralihan kuasa dan tampuk kerajaan? Saya percaya, yang komplen akan terus komplen.

Tak ada siapa nak ubah nasib kita. Bos yang berpendapatan tinggi? Dia ada impian dan keluarga sendiri. Lainlah kalau kamu skandal dengan anak bos. Err.. atau isteri bos.

Tak ada siapa nak ubah nasib kita. Perhimpunan haram di KLCC sekadar menambah isi berita Al Jazeera atau putar belit Utusan Malaysia. Yakin PROTES dapat mengubah nasib dan gaya hidup kita-kita?

Federal Highway tetap sesak. Tempat letak kereta tetap penuh. Kamu-kamu pasti akan beli kereta baru. Esok lusa.

Tak ada siapa nak ubah nasib kita. Kalau bukan...

Lu pikir lah sendiri.

Assalamualaikum.