Wednesday, December 31, 2008

Muka Terakhir 2008


Apa kata,

Saya tamatkan siri posting tahun 2008 dengan kisah di bawah;

H: Full result dah keluar.


A: Oh ya? Tolong checkkan boleh?


.........................................................................................................................................................................


VP : A+ / 4.00

CW: A+ / 4.00

SERM: A- / 3.67

MNG (wow MNG): A- / 3.67


GPA: 3.82

CGPA: 3.69


Jumpa lagi, tahun depan.

Moga 2009 menjanjikan lebih kebebasan.

Masa dan wang.
gambar: ©2005-2008 ~dhuusaraH

Sunday, December 28, 2008

Cukup Serius?

Serius.

Pasti, kamu-kamu atau mereka ternanti-nanti detik 12 tengah malam 1 Januari 2009.



Kadang-kala.


Hidup ini kita rasa cukup sempurna. Tapi entah sampai bila atau sampai mana sempurnanya.


Ada juga ketikanya, kita berasa belum cukup puas untuk meninggalkan semalam.


Kalaulah mampu saya mengarah kehidupan ini seperti filem Click arahan Frank Coraci.
Atau sekurang-kurangnya mencipta remote control meng'forward' atau me'rewind' masa.
Yang pasti, remote control tersebut tak perlukan butang R.


Kalau juga saya mampu mengarah kehidupan ini, sepertimana Fujiko Fujio mencipta imaginasi
wormhole travelling dalam siri animasi Doraemon.


Atau sekurang-kurangnya, mengembalikan 2008 yang sekelip mata tiba di penghabisan ini.


Masa tetap dengan janjinya, berlalu dan terus berlalu.
Sedar atau tidak.


Banyak yang saya persiakan dalam dua belas bulan ke belakang.
Cecah saja dekad ke dua hidup di dunia, dalam keraian tanpa dijangka, ada sesalan yang
mendengus kecil di hati.


Hei..


20 tahun. Apa yang telah kau sumbangkan pada diri, mak, ayah, keluarga. Sekurang-kurangnya.


Jangan jadi,


"Esok kau mati, lusa semua pun lupa tentang pernahnya kau ada di dunia".


Ini belum 21, 22, 23, 24, 25 dan seterusnya.


Cukupkah masa untuk aku terkinja-kinja?


Kau pun sama.


Sudah cukup selesa?


Seserius mana hidup saya?


Dan kamu?


Esok lusa dan entah bila.


Entah bila.

Tuesday, December 16, 2008

Sistem Pesanan Terlalu Ringkas

Satu hari, ketika bersiap. Sedang memakai seluar.

Terima satu pesanan ringkas. 1 message received.

Toleh ke arah telefon bimbit yang berusia seminggu setengah itu, dan capai.

Buka inbox. Oh rakan perempuan. Saya baca.

"Azr, sy nk pnjm slr awk bole ?"

Sambung zip seluar sekejap. Sebelum capai tali pinggang di penjuru katil, saya reply.

"Hah? Awak nak pinjam seluar saya yang mana? Nak buat apa?"

Seminit dua, semasa mencalit Edouard Pinaud ke belakang telinga,

"Ape awk ckp ni, sy nk pnjm camera slr awk la."

Oh. DSLR.

Sunday, December 07, 2008

Kedangkalan Bahasa dan Budi dalam Penulisan

Dulu, sewaktu mengaji di Akademi Seni Kebangsaan (kini dikenali sebagai ASWARA), Cikgu A acapkali mengutarakan persoalan 'kedangkalan bahasa dan budi dalam penulisan'.

Kedangkalan ini meliputi aspek tatabahasa, rekabentuk ayat serta matlamat sesebuah ayat itu disusun dan diterbitkan.

Kekecewaan cendekiawan bahasa juga pesat dilontarkan melalui suara individu serta Dewan Bahasa dan Pustaka.

Memang nampak hipokrit bilamana kita menyatakan matlamat penulisan sebagai mendidik atau menyedarkan masyarakat. Tapi sekurang-kurangnya, kita perlu sedar. Kedangkalan bahasa menyerlahkan kedangkalan sesebuah bangsa itu sendiri. Dalam konteks ini, Bahasa Melayu (atau Bahasa Malaysia ya?).

Dalam penulisan berita, pengamal media baik wartawan mahupun kumpulan editor adakalanya terpesong dari pegangan 'aqidah kod etika' National Union of Journalist. Bilamana, gelojoh mendapatkan berita-berita human interest yang mampu meningkatkan graf penjualan akhbar saban hari.

Memang kandungan berita merupakan sebahagian daripada strategi pemasaran sesebuah akhbar. Tapi, bila kandungan itu sekadar menarik minat sekumpulan kakak pekerja swasta yang lalu disebelah toko menjual akhbar, berita entah benar entah tidak itu mula merebak dari mulut ke mulut. Er. Word spread mouth-to-mouth.

Sekaligus merebakkan lagi singgungan hati mereka yang tidak pernah bersalah tanpa rasa berdosa. Atau menutup periuk-periuk nasi elektrik mereka-mereka yang tidak pernah bersalah. Cuma salah faham. Atau kegelojohan. Atau hasad. Atau cuma dengki.

Kita di pihak pembaca, sekadar mengiakan saja. Angguk semua kandungan yang terpapar di dada akhbar. Fakta atau sebaliknya. Belakang kira.