Thursday, December 31, 2009

Produksi Hidup - Babak Paling Diingati 2009

Sesudah mandi tanpa basah.

Aku sarung John Master hitam pemberiannya.

Aku turun, lihat ruang hadapan tidak seperti biasa.

Aku tarik satu bangku putih duduk bersama sekumpulan mereka. Di luar pagar.

Hening benar subuh itu. Segenap alam seakan terhenti seketika. Memberikan aku ruang dan peluang untuk memancarkan seribu satu kenangan pada langit.

Terus aku merenung langit hitam yang penuh dengan warna warni kenangan dua dekad bersama.

Aku sengaja rendahkan frekuensi perbualan mereka yang hadir subuh itu. Jiran-jiran serta handai. Lebih aku amati azan fardhu Subuh yang jarang-jarang aku hayati. Dengari. Kerana selalunya masih aku lena beradu dalam mimpi.

Faham benar alam tentang aku dan perasaanku ketika itu.

Memahami satu rasa rindu yang baru tiba.

Memahami tentang kehilangan yang baru sahaja bertandang.

Kosong benar kosong.

Hilang benar hilang.

Hitam langit sekosong kehilangan ini.

Bingkas aku bangun, masuk ke ruang mini itu,

Sujud aku bersama sejadah yang basah.

16 Mac 2009
0404 pagi

(Babak itu paling diingati dalam sejarah produksi hidup tahun ini)

Al Fatihah.

Tuesday, December 22, 2009

Perihal Budaya RSVP

Perihal Budaya RSVP

Oleh: Azrie Izham Hamzah


RSVP merupakan singkatan daripada perkataan berbahasa perancis; Répondez s'il vous plaît yang bermaksud ‘tolong balas’, ‘harap respon’, ‘maklumkan kembali’, atau ‘respon weh !.


Di Malaysia, kita sudah diperkenalkan dengan RSVP sejak dibangku sekolah lagi. Tapi dalam versi yang berbeza iaitu, ‘Pecah kaca, pecah gelas, sudah baca harap balas’.


RSVP acapkali dapat dilihat disertakan bersama tarikh serta nombor untuk memberi respon terhadap sesuatu jemputan. Resespsi perkahwinan, majlis makan malam atau lain-lain keraian.


Di barat, budaya RSVP adalah sangat kritikal. Tanpa memberi respon terhadap jemputan, tetamu disifatkan ‘kurang ajar’ atau dalam bahasa ibunda, having no manners or concern for others.


RSVP, merupakan nadi utama sesebuah penganjuran acara. Daripada RSVP, penganjur akan dapat menyelesaikan banyak perkara. Table arrangement, goodies bag, F & B akan menjadi lebih mudah dengan adanya RSVP. Dengan RSVP juga situasi over-budget atau budget burst juga dapat dielakkan.


Malang sekali di Malaysia, RSVP sekadar dipandang enteng oleh sesetengah individu. Apa yang tertera di kad jemputan juga sering dipandang sebelah mata. ‘Satu jemputan sah untuk seorang (atau dua orang), juga menjadi perkara yang merumitkan keadaan penganjur di hari acara berlangsung.


Pengalaman membuat RSVP untuk satu majlis melibatkan kepala-kepala syarikat korporat berkaitan kerajaan serta kementerian-kementerian membuatkan saya mengerti apa sebenarnya kepentingan RSVP.


Beberapa ciri kelompok masyarakat kita yang kurang peka terhadap RSVP:


Tidak memberi respon:

Samada salah penganjur yang salah alamat penerima, salah nombor, mahupun kelompok ini memang tidak tahu membaca, saya pun kurang pasti. Sekurang-kurangnya respon lah. Ya, tidak dan berapa orang. Itu sahaja.


RSVP – Ya, tapi tak datang:

Bukan hendak mengata apa, lazimnya mereka ini terdiri daripada golongan selebriti mahupun VIP (tak semua). Al maklumlah, nama semua orang kenal, kalau setakat acara di hotel tiga empat bintang apalah sangat. Tambah-tambah menjadi kacau, apabila jemputan ini ada peranan dalam acara tersebut (perasmi, memberi ucapan atau persembahan).


RSVP- No. tapi nampak muka:

Ini lagi macam celaka. Dah kata tak hadir tu bawa-bawa lah diri ke tempat lain. Nasib, kalau ada kekosongan, dapatlah tempat duduk. Kalau tidak, berdirilah sama-sama dengan pelayan.


RSVP- Seorang tetapi datang lebih daripada seorang. (dan sewaktu dengannya)

Penganjur bukan tak mahu bagi kawan awak tu masuk, tapi tak ada dalam senarai. Kalau reti hormat majlis, pergilah tunggu dalam kereta sampai majlis habis. Atau ke mana-mana yang kau suka.


Tambahan: Tetamu minta cenderamata extra.

Situasi ini turut wujud dalam majlis-majlis tanpa RSVP. Pelamin tu, kalau boleh dicabut- cabut, hendak saja di bawa pulang kesemuanya. Orang kita, memang berbudi bahasa, yang tak segan-silu meminta-minta cenderamata extra pun tak kurang hebatnya.



Banyak lagi sebenarnya yang mengusutkan kepala si penganjur acara atau tuan rumah apabila RSVP tidak dipandang serius dan diambil mudah, acuh tak acuh oleh orang yang dijemput. Orang kita juga

Monday, December 14, 2009

Fenomena Blog dan Si Penulisnya

1. Di luar sedar, pejam celik bulan Disember datang lagi. Menggenapkan usia 4 tahun saya sebagai seorang blogger. Di sini. Di laman ini.

2. Melihat pada hari ini, menulis blog menjadi satu budaya yang tiada asing dalam komuniti kita di Malaysia. Blog- blog timbul bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan. Oh, atau timbunan sisa-sisa pepejal di tapak pemusnahan sisa pepejal.

3. Mengapa saya berkata yang sedemikian, saban kali saya berjalan-jalan di sekitar blog yang wujud di alam maya ini, meluat bertambah meluat, menyampah pun tak kurang. Ada beberapa faktor utama yang menyokong hujah saya mengapa lebih banyak ‘blogger sampah’ pada pemerhatian saya yang rabun ini;

4. Fenomena Follower: Masa saya mula-mula menceburi alam blogger satu masa dahulu, masa itu, Evan William masih belum memperkenalkan widget ‘Follower’ yang ada pada hari ini. Hari ini, blog diikuti bukan diikuti kerana kandungan, sebaliknya sesebuah blog diikuti kerana mahu satu kuanttiti ‘follower’ yang ramai. Senang cerita, ‘kau ikut aku, aku ikut kau’. Cukup ada 166 follower tanpa sebarang pos bermanfaat untuk 166 orang tersebut.

5. Kandungan Salin dan Tampal: Tidak salah menyalin tampal sesuatu artikel untuk berkongsi informasi tanpa meninggalkan sumber asal. Namun, sebagai seorang blogger yang baik, hurailah sedikit sebanyak mengenai artikel tersebut. Meluat juga terkadang apabila melihat lirik-lirik lagu seperti mEYeNTap MatAmU~ dan lain-lain ditampal sebagai kandungan tanpa sebarang ulasan lanjut mengenai perkaitan lirik dengan penulis blog.

6. Gejala ‘Klik Nuffnang’: Nuffnang adalah syarikat pengiklanan yang memberikan para blogger untuk menambah pendapatan melalui program pay per klik. Tidak ada apa yang salah mengenai program ini. Yang menyakitkan mata apabila ada saja ayat ayat seperti “salam ziarah. Klik” yang naik di shoutbox. Mula-mula blur juga apa yang hendak di klik, lama kelamaan barulah faham hasrat si blogger- blogger pengemis ini.

7. Blogger lagak selebriti/ Separa Matang: Nak kata selebriti, tak pernah pulak keluar Channel E, URTV mahupun er.. Zee TV. Tapi gaya penulisan, ditambah dengan gambar-gambar yang diambil sendiri di tandas-tandas hotel terkemuka semasa menghadiri majlis makan malam ada gaya Diva. Ada juga dikalangan mereka ini, yang meletakkan satu notis di bahagian tepi blog; ‘kepada sumew GF~ JaNGan iNGat aKu NaK rAMPAZ Ur bOyFIe Cuz I aDeW My BaBy~ Motif?

8. Itu sebahagian saja, dalam banyak-banyak blog, ada jugak beberapa jenis blog yang saya suka baca kerana konsep, falsafah serta corak penulisan yang unik dan tidak membosankan. Contoh- contoh ada terserlah di bahagian ‘Blog Kamu’. Ada juga yang tidak sempat saya muatkan di bahagian itu.

9. Pokok pangkalnya, blogger haruslah bertanggungjawab setiap patah kata yang ditulis. Kerana setiap tulisan, gambar, atau apa saja yang telah dimuat naik ke alam maya, tidak sesekali dapat di selamatkan atau ditarik balik. Mahupun sekiranya kita menutup blog atau memadam pos- pos tertentu.


Sekian untuk kali ini.