Friday, April 24, 2009

Tag Heuer, Tak Berdetik Lagi.

Tag Heuer, Tanpa Detik
Jam ini
aku perhatikan langit mendung bercorak pawana.
Pantulan Laut Cina Selatan.
Pukulan bayu mesra menggangu jiwa celaru.
Permaidani halus ini tidak sama lagi.
Kerana nyata ragaku tidak berpijak di bumi.
Minit ini
aku perhatikan rintik hujan merejam pasak bumi.
Berlari aku ketengahnya. Basah.
Bersama kaca terluka dari mata yang biasa.
Luka direntap masa yang mengganggu.
Saat ini,
Aku di sini pasti tanpamu.
Peneman rasa cinta,
Penenang rasa gundah,
Pembujuk keasyikan masa.
Tag Heuer kamu.
Detik ini.
Jarumnya tak berdetik lagi.
Detik ini.

Azrey,
0647PM
24 April 2009
KL.

Thursday, April 16, 2009

bZ dOwh SkUnK nIE~

Salam dan Hai.

Bertemu kembali setelah berulang kali kamu-kamu terpaksa menekan punat 'x' di bahagian atas kanan tetingkap setelah percubaan mengakses blog saya ini gagal.

Tak perlu rungsing lagi. Hari ini, blog saya telah di buka semula dengan wajah yang lebih suci. Sesuci cintamu.



Sehari atau dua yang lalu, saya menemui persoalan makna sibuk (busy) yang sebenar dari seorang yang layak saya panggil abang.



"Sibuk adalah situasi apabila kita tidak punya masa untuk berkata 'sibuk' " -
Abang R.




Serius. Tepat. Tidak seperti pelajar-pelajar mahupun pemakan gaji pada masa kini, terhegeh-hegeh buat kerja last minute, jaja ke'bz'an di MySpAcE, YM mahupun Facebook atau blog.



Bercerita tentang ke'bz'an tersebut pun sudah ambil masa 2 ke 3 jam untuk habiskan satu penulisan. Hehe.



Tapi yang mana sibuk benar tu, tak kisahlah kan.



Segalanya adalah soal pengurusan masa. Mana keutamaan yang perlu diutamakan. Ambil gambar sendiri sambil pakai seat-belt atau siapkan kerja-kerja yang belum lagi terlunas.



Anda tentukan.

Al Fatihah buat Ayah. Sebulan telah berlalu.