SATU
A melewati satu gerai menjual nasi ayam dara yang popular.
Abang Penjual (bukan abang kepada penjual): Mari beli bang ayam dara panas-panas, anak dara pun ada bang.. ayam dara, anak dara, ayam dara, anak dara!!!
Jeritan abang itu semakin lama semakin lantang dan sepenuh hati cuba melawan keriuhan bazar itu.
Mengulang-ulang pekikkan 'ayam dara, anak dara'.
A: (Dalam hati) err.. ko kenape?
DUA
Perbualan telefon di antara H dan A.
H: Tak makan sahur ke? Nanti lapar siang kang.
A: Awak call ni kira sahur lah. Kenyang.
TIGA
Sedang jemaah bersolat terawih rakaat kedua, kedengaran nada dering Counter-Strike. Semakin lama semakin lantang.
Anak: (Dengan frekuensi dan intonasi teruja) Bah, ade counter-strike bah tuu...
Abah: Syhhh... khusyu' la sikit solat tu.
EMPAT
Tiga sahaja. Mari berbuka.
Sunday, August 30, 2009
Saturday, August 22, 2009
1 Ramadhan
Pekat malam. Hujan lebat seperti biasa
Aku berada di dalam sebuah kenderaan yang tidak pernah asing bagi aku. Di tempat duduk penumpang sebelah kiri.
Dan di sebelah aku, ada dia yang sedang memandu. Seperti suatu masa dahulu.
Aku : Kita nak pergi mana ni?
Dia : (Diam tersenyum)
Aku : Ayah... jangan pergi lagi eh...
Lantas terjaga dikejutkan hening malam tanpa apa.
Lantas dua tangan ini menekup wajah tanpa sebarang samar ini.
Istighfar. Al Fatihah.
Pastinya Ramadhan ini berbeza.
Salam Ramadhan semua.
Selamat merebut Jannah.
Saturday, August 08, 2009
TERTEKAN!
(Perbualan menerusi sistem pesanan ringkas)
A: Kenapa call? Sorry aku tengah mandi tadi.
E: Tertekan...
A: Nape?
E: Tertekan la...
A: La. Kenapa pulak kau ni? Jadi pergi tak ni? Jap lagi aku datang ambil kau, cerita kat aku.
E: Aku cakap, aku tertekan la. Tersalah tekan. Nak call orang lain tercall kau.
A: Kenapa call? Sorry aku tengah mandi tadi.
E: Tertekan...
A: Nape?
E: Tertekan la...
A: La. Kenapa pulak kau ni? Jadi pergi tak ni? Jap lagi aku datang ambil kau, cerita kat aku.
E: Aku cakap, aku tertekan la. Tersalah tekan. Nak call orang lain tercall kau.
Subscribe to:
Posts (Atom)