Sunday, November 30, 2008

Undang-Undang Penarikan.

Selesai proses mengecat blog serta menjenamakan semula blog- Pengarah Produksi Hidup.

Sedar atau separa sedar, Disember ini, masuk tahun ketiga penerbitan blog ini di dalam dunia maya. Sejauh mana blog ini menyumbang kepada masyarakat, saya kurang pasti. Tapi niat hakiki saya untuk menerbitkan blog ini, bukanlah untuk kepentingan sejagat seluruhnya.

Sekarang, saya sedang bercuti dari pengajian semester yang saya sifatkan sebagai paling menyesakkan sepanjang tempoh saya mengaji.

Walaupun cuti saya tidak pula menonjolkan kepada rakan-rakan di YM atau MySpaCe^ dengan status-status yang berbunyi seperti berikut:

  1. BoWsAn DoWh CuTI NieR~
  2. JoM HanGoUtZz kLcC
  3. Epi OliDay oLzz
  4. cuti. lol
  5. TakOwT dOw rEsUlt Na kuaR

Serta banyak lagi.

Apa yang pasti, walaupun pengajian serta direhatkan buat sekian-sekian tempoh, saya tidak akan pernah benarkan diri saya daripada berehat daripada mengarah kehidupan ke arah yang lebih sempurna. Siapalah saya untuk berehat. Lain lah kamu-kamu semua bukan.

Oh, kamu tahu apa itu Undang-Undang Penarikan?

Monday, November 24, 2008

Jadi, tajuk entri ini terpapar di blog kamu ya?

Ya. Saya tahu blog saya Gila Best (Gila Best??) atau apa saja.
Tunggu. Esok lusa saya kemas kini.
Sedang asyik berkhalwat di studio.

Nantikannya di pasaran gelap. Ok?




Saturday, November 08, 2008

Sedikit koleksi yang tiada di mana-mana Flickr atau Fotopages. Err.. Atau Myspace (2)

Saya rasa, saya perlu menukar warna latar halaman ini. Putih nampak kurang fokus, terlalu suci dan kosong (walaupun pada hakikatnya - itulah metafor yang saya mahu).

Tunggulah sehinga tamat kertas peperiksaan keempat kelak. Atau nanti, bilamana tahap input melalui nota sudah hampir-hampir menyebabkan kemalangan ngeri di otak.