jam : 1556PM
tengah : menaip semula
mood : enak
Selamat tahun 2007 semua. Saya sedang melalui percutian semester selama dua minggu setelah tamat peperiksaan akhir yang enak dijawab sehingga terbersin-bersin. Keputusannya? Tunggu dan lihat, doa dan berserah sajalah.
Tentu anda pernah melihat gambar di atas (jangan pandang syiling). Bagi rakan-rakan saya di friendster, yahoo mesenger dan myspace (ya saya ada myspace), tentu sudah muak melihat gambar 'Down To Earth' karya saya ini.
Gabungan sepasang kasut Pony baru di beli (semasa Year End Sale. Yes!) dengan sehelai kain sarung cap Gajah Duduk yang setiap hari saya sarungkan ini dianggap 'bodoh' atau 'jenaka kelas atasan' dari perspektif kacamata biasa. Alihkan kaca mata anda (jangan alihkan betul-betul), dan pandanglah dengan kacamata yang lebih estetik.
Tulisan Down To Earth sebagai penegasan sudah jelas menunjukkan mesejnya. Down To Earth ditakrifkan sebagai berpijak pada dunia nyata di dalam Bahasa Melayu.
Di mana jua kita berada, berpijaklah pada dunia yang nyata. Kasut baru Pony yang pertama kali saya sarungkan seumur 18 tahun hidup itu dapat ditakrifkan sebagai saya sekarang. Saya bersama dunia baru di MIIM.
Apa yang ada di MIIM? Jawapannya ada di dada-dada akhbar, layar kaca televisyen dan serumpun dengannya. Dengan erti kata lain, di MIIM ada media dan di dalam media ada sebuah dunia yang sangat sosial (so sial). Sosial yang terkadang melanggar hukum hakam dari mana asalnya kita semua. Dunia media sangat berbeda dengan dunia-dunia lain seperti dunia perniagaan, kejuruteraan dan cabang-cabang lain. Jika tersalah, harap betulkan.
Pakaian sudah cukup menerangkan sosialnya dunia media. Pakaian saya? Bagaimana cara saya berpakaian, masih waras. Masih berpakaian. Saya bersama dunia Kuala Lumpur sudah hampir melangkau dua dekad. Dan beginilah pakaian saya (jangan pandang saya, malulah). Mengikut kehendak persekitaran. Bukan mengubah diri saya yang sebenar. Saya tetap saya. Perspektif orang lain, mungkin tidak selari dengan perspektif saya.
Kain sarung cap Gajah Duduk, apa pula takrifnya? Itu pakaian harian saya. Kain sarung. Baik pagi, petang atau malam. Paling kurang pun, 5 kali sehari saya tetap akan menyarungkan kain tersebut. Saya meletakkan diri saya yang normal (kain sarung) di atas diri saya di dunia baru (kasut Pony yang dipakai). Maknanya, saya boleh menerima dunia baru, tetapi tidak sama sekali menanggalkan kain sarung. Err.
Faham tak?
Memetik kata Pakcik Kordi,
"Tak semestinya sesuatu yang best bagi orang lain, best bagi kita... "
"Apa yang orang lain anggap betul, tak semestinya betul bagi kita..."
Selagi mampu berdiri, berpijaklah di dunia nyata. Sekali sekala, terbang dan gapailah awan dan bintang. Tapi ingat, jangan lupakan graviti dan berpijaklah di bumi nyata!
No comments:
Post a Comment