Tuesday, May 01, 2007

Eman Dan Han Layak Ke Peringkat Separuh Akhir Bintang RTM


Assalamualaikum.


Sempat menonton Spiderman 3 tadi. Secara keseluruhannya, amat best. Saya bagi lampu biru a perfect ten!


Kalaulah ada filmmaker dari Malaysia yang mampu dan berduit nak guna kesan-kesan gempak macam yang dipaparkan dalam Spiderman 3, memang terpecah rekod Sembilu 2 lah jawabnya. Jangan lupa saksikan Sembilu Kasih episod yang ke err..episod ke berapa dah?


Dialog dibawah tidak ada kena mengena dengan tokei kedai TV- MediaPlex aras 3 Suria KLCC yang memasang cerita Spiderman 3 di screen TV Plasma ketika orang ramai sedang berbaris membeli tiket wayang:


"Hoh, siot kedai ni dah tayang Spiderman. Baik tak payah beli tiket. Tengok sini jer ah."


Mahupun ibu bapa yang membawa anak-anak yang masih bertadika masuk ke Cinema 3:


"Mak, kenapa Spiderman tu tukar kaler?" tanya budak itu dengan lantang kepada ibunya yang sedang memakan popcorn. Oh, saya pun tengah makan popcorn juga ketika itu.


"Syyhh!"


Pesanan Khidmat Komuniti: Utamakan Keluarga. Famliy First. Bawalah ahli keluarga anda pergi menonton wayang bersama-sama. Bagi yang mempunyai anak kecil, jangan lupa untuk membawa Baby Pram bersama-sama.


lain-lain: Tahniah kepada Eman dan Han. Bintang RTM? Mengerliiitt...

4 comments:

Unknown said...

uhu~ nak g nengok gak. sob3~ haishh...

Kahuna said...

janganlah mudah terpengaruh dengan karya karut holiwud... tontonlah Waris Jari Hantu

zamizham said...

bersamalah kita menyokong industri filem tempatan (ayat biasa produser filem tempatan...)

azrieizham said...

hoh...

alin: awat tak tgk.. ade tiket p jual kat orang. heii

kahunos: wow... waris jari hantu... baiik punyaa!!

azzam: hoii blah ar luu