Apa khabar semua?
Sekarang baru pukul 2 pagi.
Memang ramai blogger yang suka update blog pukul 2 pagi
Oh, sebenarnya saya berazam untuk update setelah mendapat tahu keputusan peperiksaan. Namun, sehingga hari ini saya masih betul dapat sebarang keputusan rasmi dari pihak yang berkenaan. Adei.
Ada dah suruh kawan tengokkan result. Tapi nak tengok sendiri esok. Eh, hari ni.
Minggu lepas, saya telah melakukan perkara yang tidak pernah saya lakukan sebelum ini. Oh tidak, Bukan perkara itu.
MACAM-MACAM AZRIE
Pada awal cuti dulu, saya telah diundang untuk menjadi OC. (OC : Orang Cemerlang) untuk Program Induksi Sesi Kemasukan Jun 2007.
Dan program tersebut telah berlangsung minggu lepas ye.
Banyak yang saya dapat. Ada juga sedikit yang saya sumbangkan.
Seronok memang seronok. Pengalaman baru. Sedikit teruja dengan segala apa yang berlaku sepanjang program.
Group Macam-Macam Azrie memang best. Walaupun tak banyak masa dengan kumpulan tapi diorang tetap best.
Terima Kasih kepada semua OC yang banyak memberi tunjuk ajar kepada saya ye.
Kepada junior-junior, semoga korang semua menjadi manusia di sini. Stay The Same ye?
Ok. Masuk bab lagi satu jom?
VOICE OF TOMORROW
Habis jadi OC, malam hari Jumaat tu bermulalah kehidupan saya sebagai seorang fasilitator di sekolah lama.
Program Voice Of Tomorrow. Kakak sayalah si pencetus kepada perlaksanaan program ini.
Malam pertama memang mendebarkan. Erk!
Maksud saya, mendebarkan kerana ada aktiviti Muhasabah Diri yang memerlukan khidmat saya untuk mencetuskan kemunasabahan diri kepada diri para peserta.
Tak prepare apa-apa teks atau storyline. Semuanya datang secara spontan dari hati nurani ini ye.
Adik-adik, cuba bayangkan 12 tahun yang lepas.
Di mana adik-adik berada?
Di dalam kandungan ibu adik-adik.
Apa yang adik-adik buat masa tu?
Adik-adik tendang perut ibu adik-adik.
Ibu adik-adik tak pernah marah.
Sekali adik-adik tendang,
"Sayang anak mak"
Dua kali adik-adik tendang,
"Dah besar nanti, mesti jadi anak yang baik kan bang?"
Dan seterusnya...
105 orang peserta. Menangis. Teresak-esak. Segalanya diluar jangkaan. Dalam gelap, saya dengar seorang demi seorang menyahut esak tangis kawan-kawan mereka.
Bukan air mata yang diharapkan. Malah lebih daripada itu, bila hati dah tersentuh, sebak. Bila dah sebak, mutiara kaca pun bercucuran.Huhu.
Harap adik-adik semua sedar dan faham. Hayati. Ibu bapa yang utama. Bukan PS2 atau Akademi Fantasia. Bukan kawan-kawan atau aweks. Erk.
Lepas episod muhasabah diri, peserta semua pergi minum lepas tu tidur.
Malam tu hujan. Sikit lagi nak jadi ribut. Saya nak tidur, tapi tak lelap. 30 minit sebelum bangun, saya tidur.
Aktiviti sehari suntuk habis jam 430 petang lebih kurang. Adik-adik peserta semuanya best. Semua comel. Terutamanya... eh tak apalah.
Fasilitator semua best. Kalau sebelum program tak berapa nak rapat. Dah jadi rapat. Bak kata Nana, Bahu ke Bahu ye.
Insya Allah. Program ini ada kesinambungannye nanti. Yeke?
Secara keseluruhannye, minggu lepas memang banyak input saya dapat. Network silaturrahim pun diperluaskan dengan jayanya. Alhamdulillah.
Gambar: Para OC Induksi
No comments:
Post a Comment