Monday, July 02, 2007

Oh, malam ni bulan penuh.

Assalamualaikum.

Apa khabar semua pembaca. Oh, hai pembaca senyap. Baca diam-diam ye.

Semester pengajian sudah bermula lebih atau kurang seminggu atau dua.

Masih agak lapang.

Dek kelapangan tersebut. Saya pun merayau-rayaulah di sekitar alam maya bersama sang Aspire 5500z yang ini.

Dek kelapangan tersebut. Macam-macam yang saya biarkan menerpa masuk ke dalam kepala saya yang ini.


Jauh disudut hati
Aku masih bermimpi
Mimpi yang indah
Esok kau kembali

Pernah dengar tak lagu ni? Eh, bukan lagu yang awak tengah dengar tu lah. Lagu ni. Jauh Di Sudut Hati. Allahyarham Sudirman yang pernah nyanyikan lagu ini.

Saya pun kali pertama dengar dan layan lagu ini sewaktu saya membuat projek video amatur membantu cikgu-cikgu yang memerlukan pertolongan. Nak pilih lagu yang syahdu. Terlebih syahdu jadinya. Jauh Di Sudut Hati punya pasallah.

Tadi. Entah kenapa tiba-tiba rasa nak dengar lagu ni. Dan ketika ini, dah 32 kali lagu ini di loop sesuka hati saya.

Banyak sebenarnya yang tersirat di sudut hati kita semua kan? Seperti juga Sudut Bacaan di kelas Darjah 5 Amal atau Sudut Tazkirah di surau. Jarang ada orang nak dekati.

Cukuplah mendekati sudut hati diri sendiri. Jauh memang cukup jauh. Sejauh dari sini ke bintang-bintang. Oh, malam ni bulan penuh.

Tapi, terkadang atau selalu. Kita tak dapat mengelak untuk singgah ke sudut hati orang lain, atau membiarkan sudut hati kita untuk dia atau mereka lewati.

Jauh di sudut hati maksudnya, hanya kita, hati kita dan Allah S.W.T saja yang tahu. Apa yang tersirat. Kita pendam, kadang-kadang dendam.

Sempat saya singgah di sudut hati saya. Sudut sebelah mana pun saya tak pasti. Yang saya tahu hati saya terletak di sebelah kanan atas rongga perut di bawah diafragma kot.

Alhamdulillah perjalanan saya ke sudut hati lancar.

Saya singgah dan duduk sekejap di sudut sana. Termenung.

Toleh belakang, ada pengalaman melambai, menyapa.
Pengalaman pancarkan projektor LCD Epson disebelahnya.

Tayangannya semua saya pernah lihat dan lalui. Tapi tak jemu masa saya tonton.

Pengalaman kata, dan janji akan terus setia di sudut hati saya.

Pengalaman tambah, dia kata, saya boleh pergi jauh.

Saya minta perincian.

Pengalaman bisu. Sekadar mengulang tayangan yang tadi.

Pengalaman bisik pula pada saya,

"Belajar..."

Saya angguk. Faham.

Saya berlalu. Tinggalkan sudut hati.
Esok saya datang lagi.

Mungkin bersua pula dengan nur, mimpi, harapan, impian, atau... awak?

2 comments:

1 said...

aku terkesima dengan wacana puitis mu persis gabriel garcia marquez

azrieizham said...

wow 1...

gabriel garcia marquez?

forzaaa italiaaa

glory2