Monday, August 20, 2007

Ekspresi Si Mata Sepet - Latah Anak Melayu...

Assalamualaikum.

Entri saya kali ini, saya tujukan khas buat anda dan juga Namewee.
Ah, siapa yang tak kenal sejak Harian Metro gembar-gemburkan kisah videoclipnya tempohari.

Tak kisahlah Namewee. Apa yang anda ekspresikan ada betulnya. Ada yang tersirat.
Cuma tak kena cara. Macam Namewee kata, lagu Negarakuku macam durian. Keras dan tajam, tapi siapa yang berani saja bukak dan tengok apa ada di dalam.

Namewee kata, Negarakuku ekspresinya tentang pengalaman sebenar. Betul. Saya setuju. Saya Melayu. Saya setuju dengan Namewee. Tentang kakitangan kerajaan, hak istimewa orang Melayu yang menggemukkan orang Melayu sendiri. Bab azan dan Al-Quran yang out of tune tu saya tak dapat terima. Namewee mungkin tak dapat bezakan Akademi Fantasia dengan Akademi Al-Quran kot?

Yang saya risau bukan soal Namewee bersama video-videonya, atau... Rais Yatim garu kepala dengan isu kedaulatan Negaraku yang ditahi-lembukan.

Saya tak risau pembangkang nak ambil isu Namewee jadi bahan ceramah dan berkempen mencaci kerajaan yang lembab memilih-milih akta mana agaknya yang sesuai untuk menghukum Namewee.

Yang saya risau, tabiat media yang gila cari publisiti dengan isu sebegini. Metro oh Metro, kalau ye pun nak bermain kejar-kejar dengan KOSMO!, janganlah terlalu terbuka sangat laporan tu. Cukuplah satu pendedahan videoclip Negarakuku tempohari. Ini, ada sequelnya lagi, laporan tentang lagu Kawanku, Namewee Muar Chinese. Lengkap dengan lirik terjemahan lagi Metro sediakan untuk tatapan semua golongan masyarakat. Kesannya?

13 Mei sudah berulang. Betul. Tak tipu. Tanpa parang atau keris tajam. Semuanya di alam maya. Internet ni...

Gila. Memang berperang habis-habisan di forum. Di blog Namewee, tikam menikam perkara biasa. Di Youtube? Cina kata Melayu bodoh pemalas. Melayu kata Cina kotor makan babi. Ah, parah.

Orang Melayu ni pun satu, cepat melatah terus mengasah keris hayun ke mata sepet bangsa tu. Segala maki hamun, peras ugut, carut marut karut. Lengkap pakej amarah orang Melayu (sebahagian) membantah karya-karya Namewee. Maka terpampanglah kedangkalan orang Melayu (sebahagiannya). Kesamsengan orang Melayu (sebahagiannya). Ke'rempit'an orang Melayu (Ya. sebahagiannya!)

Sebenarnya, Melayu dan Cina berkawan. Cukup baik. Tak percaya? Cuba pergi clubbing sekali? Ada Melayu, Cina. India pun ada. Muhibbah!

Kesimpulan?
Fikir berhikmah. Tak perlu melatah.

Melayu. Islam. Doa. Senjata. Selamat.

p/s: banyak betul cerita tentang Namewee dalam paper hari ni.

5 comments:

guglielmo marconi said...

sudah menjadi rempah ratus seorang melayu atau mayau (sebutan org cha ya nun alip), cepat sensitif dan sentap. mudah rasa terkepung dan diperangi terutamanya bila di api apikan si polan yang punyai niat tersirat. dan pada hemat saya, untuk mengesimakan segala isu yang org penjajah kata 'blown out of proportions' ini, hanya satu penyelesaian mutlak perlu dilakukan. pertandingan IKON! ya benar. namemawee berdepan dgn mawi. menyanyi hingga ke titisan darah terakhir, abis ceritera.

aum said...

Anonymous said...

Apologizing is a right thing to do, you should apologize.

Hey... I see some of you keeps criticizing about the govt, do you think that it is an EASY task to manage a country, maybe your brain is too small and you're too uneducated to think about how complicated it is anyway!!!! It's easy to point your finger at others and start criticizing like you're an expert! You want to know the "Truth", the "Truth" is majority of the people can't even managed their own personal life well, what makes you start to think that you're an expert on how to manage a country well all after sudden? Think about it, you probably don't even know what is really going on outside the world, what makes you start to think that you have a miserable life living here? If we don't learn how to appreciate and change our attitude, our country will never move forward. The choice is yours!

August 16, 2007 4:13 PM







dr blog nawawee

aum said...

LeaderGroup said...

"Hey... I see some of you keeps criticizing about the govt, do you think that it is an EASY task to manage a country, maybe your brain is too small and you're too uneducated to think about how complicated it is anyway!!"

The current government can not manage it well, please step down. There are plenty of talented and true leaders out there. Don't worry, the country will not get more worse than now without you.

August 16, 2007 5:04 PM

megat said...

mereka sepatutnya menonton kembali filem Lagi - Lagi Senario. banyak maksud tersurat dan tersirat di dalamnya...

"cuba kau bayangkan...."

tongai hikhik said...

Sekak bedil ado, tupa habih mati,
hok ni la sayo raso kito sangat rugi,
kito manusio tinggi mano pun kito ngaji,
nok buat tupa seko, tentu sekali doh tok jadi