Friday, September 07, 2007

Hitam Putih Kehidupan.

Assalamualaikum.

Apa khabar semua?

Semalam saya mengadu dengan seorang dua sahabat. Saya kata, to do list saya banyak tak selesai lagi. Berderet. Semakin ke penghujung semester, semakin sibuklah. Insya Allah dengan kehendakNya segala-galanya akan berjalan lancar. Amin.


Sampai sakit-sakit kepala dibuatnya. Ini ujian. Hadapi dengan senyuman. Tapi jangan senyum terlalu kerap ketika mengerang kesakitan. Bahaya.

Hah, dalam posting saya yang sebelum ini (scroll bawah)saya ada menyebut tentang Nik. Adoi, masih ada yang kurang mengerti dengan posting tersebut. Jumpa saya di kolej, tegur di YM tersengih meng'amboi, dah pandai sekarang' kan saya. Panik saya dibuatnya.

Nik bukanlah gadis cantik yang berasal dari Tumpat mahupun Mache. Oh, bukan juga lelaki.

Nik merupakan salah satu benda yang tergolong di dalam wishlist saya. (Walaupun saya tiada wishlist)

Jadi jangan salah faham lagi. Saya masih seperti dahulu. Cuma sekarang saya mampu melukis di atas cahaya dengan berus lensa. Itu sahaja.

Hmm. Nak kongsi sesuatu. Saya perhatikan kebelakangan ni, terdapat beberapa individu di sekitar saya macam ada masalah. Di alam maya mahupun di dunia realiti.

Ada yang luahkan terus kepada saya, ada yang berkias-kias dan ada juga yang berdiam semata-mata.

Tema utama permasalahan masing-masing, tak silap saya adalah CINTA. Hehe. Kalau masalah CINTA ni, sudah semestinya masalah CINTA dengan kekasih hati yang bertakhta di sanubari. Betul tak?

Tema saya sudah dapat baca secara tersurat. Yang tersirat diluar batas pengehtahuan saya, plot-plot yang terletak di atas storyboard. Apa babak punca kepada klimaks? Dan bagaimana pula peleraian dapat dibentuk?

Entahlah. Saya pun tak tahu.

Ada seorang rakan (atau abang) pernah bercerita dengan saya tentang betapa kecilnya krisis CINTA jika hendak dibandingkan dengan segala macam krisis yang wujud di muka bumi ini.

Katanya lagi, 'boyfirend' dan 'girlfriend (disatukan menjadi 'couple') merupakan watak yang terlalu kecil dalam novela kehidupan jika hendak dibandingkan dengan ibu ayah, keluarga, saudara mara. Tetapi mengapa kita nampak dua watak ini seakan watak utama yang menerajui perjalanan kehidupan?

Entahlah. Saya pun tak tahu.

Ada seorang pensyarah saya pula bercerita tentang Teori Bongkah Ais.

"Teori Bongkah Ais ni sesuai kita lukis setiap kali ada masalah. Dengan mengenal diri kita, kita akan sedar masalah ada cara untuk meleraikannya. Cuma kita tidak nampak." (10% sahaja bongkah ais yang kelihatan. Selebihnya dibawah permukaan air)



Teori ini tak lari daripada sabda Rasulullah S.A.W.

“ Barangsiapa kenal dirinya, maka dia pasti kenal Tuhannya ( Allah S.W.T ).”

Dengan mengenali Allah S.W.T, hati kita tenang dan bersyukur dengan kelebihannya yang Allah kurniakan kepada kita. Kita akan sedar masalah kita taklah besar mana pun.

Lama kelamaan, kita akan sedar dan bersedia untuk menyelak helaian baru novela kehidupan kita. Helaian permulaan sebuah bab yang ceria. Atau, helaian pengakhiran kepada sebuah bab yang menggundahkan jiwa.

Selamat menghadapi segala-galanya. Dengan senyuman. Impian. :)

p/s: ok ke kaler hitam putih ni?

2 comments:

azzam izham said...

vcd CINTA di mana
tlg jwp en.tat di sana

1 said...

jangan di pagar nyiur yang condong,

buah dadaku keramat orang.