Thursday, December 20, 2007

Harijadi dan Selamat Tinggal Kamu-kamu.

Assalamualaikum. Salam Aidil Adha.

Terlepas hajat untuk menyediakan satu entri pada 19 Disember. Harijadi saya. Sebenarnya dengan blogger saya boleh saja adjust tarikh dan masa menjadikan hari ini hari semalam.

Tetapi saya yakin dengan realiti dan perjalanan masa. Dah sudah tu sudahlah. Kan?

Penghargaan tidak terhingga kepada semua yang menghantar ucapan menerusi pelbagai medium teknologi. Saya sayang kamu semua. Lebih-lebih first wisher by SMS. Ya. Kamu. Bukan kamu tau. Jangan nak perasan.

Saya tak akan lupakan pengalaman berharijadi tahun ini. Kaki dan tangan berbalut. Mau bergerak ke mana-mana pun sukar. Cuma jari yang ligat di pentas tari papan kekunci.

Seperti yang saya ujar terlebih awal, saya yakin dengan realiti dan perjalanan masa. Siapa agaknya saya untuk menidakkan perjalanan masa. Begitu juga perjalanan kehidupan Abang Long, Kak Zatil & Harith.


Sudah berangkat ke daerah seberang sana. Amerika Syarikat. Seberang sebelah mana saya kurang pasti. Kena tonton CSI untuk pastikan. Err... atau National Treasure Book Of Secrets.

Abang Long sudah biasa pergi jauh. Merata-rata. Urusan kerja. Kali ini, urusan belajar. Juga urusan pembangunan keluarga. Tak lama mana. Setahun dua.

Ah. Pasti rindu pada si Harith dan keletahnya. Tak apa. Wireless Network Connection "Thomas" ini mungkin mengubat sedikit rindu. Atau menggamitnya?

Semoga selamat segalanya. Pergi, berdiri dan kembali.



Intai padi antara masak,

Esok jangan layu-layu,

Intai kami antara nampak,

esok jangan rindu-rinduan.

3 comments:

w a n t w o b u c k l e m y s h o e said...

oh masa kecederaan untuk wish happy besgay lagi sekali buat saudara azrie.

moga anda juga akan mengikut jejak balong menjelajah pelusuk negara orang, mungkin bersama nik saudara.

n a t a s h a said...

intai padi?

azrieizham said...

wan: terima kasih atas ucapan kata-kata aluan yang bermakna itu.

nat: ya. lebih baik mengintai padi kerana kita tidak reti menuai padi atau membajak sawah kerana itu kerja-kerja petani moden.