Wednesday, May 21, 2008

Keghairahan terhadap Bola. (Ditapis)


Assalamualaikum.


Saya cukup pasti. Ramai diantara kamu yang gilakan Blythe, Gundam bolasepak.


Lebih spesifik, perlawanan 'spotlight' Man U menentang Chelsea lewat pagi nanti.


Ada yang ghairah mengajak rakan ber 'teh tarik' menyaksikan perlawanan hebat ini. Ada juga yang berhimpun beramai-ramai di rumah sewa menonton melalui tv 14 inci yang belum habis bayar. Mana-mana situasi pun pasti ada keghairahannya yang tersendiri.


Maaf, saya gagal dalam mengulas panjang bab Scholes yang lincah di barisan tengah atau Lampard yang suka membuat cubaan luar kotak penalti. Saya akui.


Saya merupakan seorang lelaki yang tidak terangsang kepada bola. Er. Bolasepak. Maskulin, bagi sesetengah individu, kurang sifatnya tanpa minat ke arah bolasepak. Liga Juara-Juara atau Liga Perdana Inggeris misalnya. Maaf kepada kamu-kamu yang mengajak saya berbual mengenai sepakan percuma yang diambil Drogba. Saya kurang ambil tahu. Ambil tahu. Tapi kurang.


Bercakap mengenai keghairahan terhadap bolasepak, rata-rata lelaki (dan wanita) mempunyai koleksi atau sekurang-kurangnya satu jersi pasukan kesayangan mereka. Chelsea. Misalnya. Saya juga mempunyai koleksi jersi. Kerana saya suka kain jersi. Licin dan menyegarkan. Erk.


Berikut merupakan koleksi jersi yang saya simpan sehingga hari ini.



  1. Jersi pasukan Germany (Hitam) : Di beli pada Karnival Muhibbah di Ampang.

  2. Jersi pasukan Real Madrid (Putih) : Juga (terbeli) di Karnival Muhibbah. Saya agak musykil dengan jersi ini. Nombor 23. Dengan nama SARHAN. Bukan Beckham. Siapa kenal SARHAN?

  3. Jersi Pasukan Jepun (Biru) : Ini abang saya bagi kepada saya. Dia tak muat rasanya. Jersi ini lawa. Saya suka. (rujuk gambar di atas)

  4. Lain-lain jersi tanpa nama pasukan. Pelbagai warna. Merah, putih, hitam, biru.

  5. Jersi pasukan bola keranjang masa sekolah dulu. Saya player nombor 9.

  6. Terbaru, jersi pasukan kebangsaan. Nike. Beli 2 minggu lepas. Akhirnya dibeli kerana baju itu merupakan satu-satunya baju kuning yang saya muat setelah jenuh mencari di Berjaya Times Square.

Bercakap juga mengenai bola, saya sedikit terkesan dengan prinsip sesetengah individu.


"Buang masa je meletakkan keghairahan pada sebiji bola yang ditendang-tendang sekeliling padang selama 90 minit"


Tapi biarlah. Lain jersi lain pendapat. Yang biru tetap biru. Yang merah tetap merah. Jangan keghairahan ini membuakkan semangat partisan sesama individu sudahlah. Untuk suka-suka hati sahaja.


Sudah. 3-1 malam ini. Siapa menang saya tak pasti. Yang penting Ronaldo, Giggs dan Rio seorang satu. Ok?

2 comments:

Beto Rahman said...

yaa....!ramai mau menyapot bola yg ditendang hari ini..salah sorang room8 sudah keluar mencari nafkah tgk bola...man u?chelsea?
namun , i'm not a fan.pouser je.^__^

Anonymous said...

glory glory azwieeeeee. glory glory pah.