Assalamualaikum.
Bagaimana perkhabaran kamu-kamu semua?
Masih ghairah dengan AF sepertimana musim-musim yang lalu?
Ya. Saya akui. AF gurang mengghairahkan musim ini.
Tapi, ok lah tu.
Ok. Bukan AF jadi bahan cerita utama kali ini. Lama tak bercakap mengenai saya dan kehidupan saya sendiri. Oh ya, bukan kehidupan 'hangout wif ma fwenzz at HartaMaZzz or TeLaWee TwEee.. winKz2 xoxo'.
Tapi kehidupan saya yang saya sendiri kurang pasti entah berapa lama lagi ini.
Puas hidup? Hari ini sudah 4 Mei.
Bercakap soal pelajaran, bosan. Tapi itu tanggungjawab. Sebagai pelajar.
Dengarnya seakan terlalu 'Buku Boyz' tapi apakan daya, lumrah hidup.
Kita pelajar, belajar. Penyanyi, menyanyi dan buat silap mata atau buka baju. Perogol pula, merogol.
Untuk apa kita belajar?
Untuk pandai. Ya. Itu jawapan saya semasa di darjah 3 Amal dulu.
Tanya sekali lagi pada diri sendiri semasa saya di tingkatan 5 Arif.
Untuk apa kita belajar? Untuk pandai?
Hah. Bila agaknya saya akan pandai membezakan tiub eustachio dengan tiub fallopio?
Tak jemu bertanya diri sendiri. Tak terjawab kali ini.
Setelah keputusan SPM menjelma tiba.
Saya pasti keputusan itu mengecewakan banyak pihak. Termasuk pihak perempuan. Erk.
Saya pasti keputusan itu mengecewakan banyak pihak. Termasuk pihak perempuan. Erk.
Keluar alam persekolahan, saya sedar. Saya perlu belajar lagi. Dan mahu.
Untuk apa? Untuk terus belajar. Dan belajar.
Saya tak sebertuah kamu-kamu yang gembira tak terhingga mendapat khabar 'sukacita' sebaik memasukkan nombor kad pengenalan untuk semakan keputusan pelbagai permohonan pelajaran. Bertuah atau tidak kamu-kamu sekarang? Saya kurang pasti.
Cukup kisah dua atau tiga minggu di institut itu, saya tinggalkan.
Beralih ke kolej ini hari ini.
Ah. Persetankan itu semua. Tinggalkan juga masa itu.
Sedar. Banyak saya mempersiakan nano-nano masa dan harapan. Tidak lagi.
Peperiksaan hampir tiba.
Hah! Peperiksaan. Dan High Disctinction.
Itu sebab saya belajar.
Oh ya, saya belajar sebab nak jadi kaya. Boleh?
5 comments:
azrie ni, berbakat lah menulis. good good. this is a nice one.
selamat belajar :)
muah muah.
baik ko belajar.. siyes keja tak best.. blaja lagi best.. ako intern je dah bosan tahap gaban.. kalo kerja btol lg laa
ya.....kita semua belajar dan terus belajar untuk menjadi kaya - financially, emotionally, spiritually...
kan hidup ini juga adalah satu proses pembelajaran sepanjang hayat. hanya dengan ilmu penuh di dada..dalam bidang apa jua, kita membena hormatdiri dan jatidiri sendiri.ilmu satu pelaburan yang terjamin dan menjamin kehidupan kita.
selamat belajar...
seorang pelajar
setiap saat pun kita belajar benda baru. belajar bukan hanya dalam kelas. bukan hanya dari buku. tapi dari mula celik mata bangun tidur pagi-pagi sampai lelap pada waktu malam.
itu belajar.
education is a lifelong journey.
tapi duit memang penting. tak semestinya dengan degree boleh pergi McD. tapi dengan duit.
ada orang takde degree boleh buka cawangan McD, kan?
dan develop Naza motor...
let's ponder.
nak tau/debate lanjut email saya.
1235011@gmail.com
yupp
Post a Comment