Saya pun menghabiskan masa di atas talian.
Hah. Facebook. Jarang-jarang buka
Ada orang bagi pulut inti di Facebook?
Wah.
Sekarang saya ada lebih sebab mengapa perlu saya selalu buka lepas ni.
- Tiada HAwTz GuRlz Ma SpaCe xOXoxo yang gemar mengambil gambar sendiri di Facebook.
- Tak nampak pula saya nampak bulletin yang berbunyi, OnLiNe nOw atau CummeNt Ma NeW pIccAZ.
- Kat mana lagi orang bujang nak makan Roti Jala sambil berpelukan dan 'cheek kissing' sesuka hati?
- Boleh baling Paris Hilton kepada Faizal Tahir.
- Kat mana lagi nak tengok Mamat Khalid terima Anugerah Oscar?
- Kat mana lagi nak terima tawaran bercium dari bekas kekasih?
- Boleh makan Cendol Melaka dan Ais Kacang berkali-kali tanpa perlu risau diabetes.
- Kat mana lagi nak tengok pertempuran ArmadaHMS Venturer (1943) dengan Great Harry (1514).
- Kat Facebook boleh bela pontianak.
- Boleh pillow fight dengan pensyarah sendiri.
Setakat itu, ini saja.
Ada sebab tambahan?
2 comments:
I hv a facebook too but I'm so confused with all the evampires/slayers/pulut/kek and whatever "crap" I called.
Don't know what to do..especially when I got poked.
keliru..keliru
azrie anda sangat cerah!
Post a Comment