Friday, July 25, 2008

Kehidupan Saya dan Kamu-Kamu

Assalamualaikum.
Selamat pagi semua.


Baru selesai mengemas blog yang sudah agak lama tak berusik ini.
Tuannya ada. Cuma kurang kelapangan minda untuk terus mengemaskini.
Sibuk dengan pelbagai perkara seperti Camp di Ulu Kemensah, Karaoke, Boling (juga boling di Facebook) serta lain-lain perkara untuk saya membina sebuah kehidupan.


Apa Khabar Semua?


Hari ini masuk hari ke lima semester lima bermula.
4 Subjek semester ini:
  1. Media Dan Kerajaan
  2. Acara Khas dan Pengurusan Risiko
  3. Penerbitan Video
  4. Penulisan Korporat

Nampak berat tak subjek-subjek di atas? Oh. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul jam kredit.

Abaikan kisah jam kredit mahupun jam tangan licorne.


Cuba kamu-kamu semua pejam kan mata seketika.
Eh. Tak jadi. Kalau pejam mata macam mana nak baca.


Serius.


Pernahkah kamu-kamu semua pejam mata untuk seketika masa. Lupakan kawan-kawan HaNGoUTz di MiDvAllEy~ mahupun keterujaan membalas komen gadis rOxXy di My Space.


Atau kisah-kisah biasa yang kamu-kamu bualkan ketika lepak di mapley mahupun kawasan tempat letak kereta tak berbayar sambil pasang alunan techno sekuat hati dari corong Proton Wira bersticker ADVAN mahupun MITSUBISHI walaupun kereta tersebut kereta bapak kamu-kamu yang punya.


Saya tahu kamu orang KL. Atau tinggal di rumah sewa di KL. Masih bujang dan remaja.
Tapi tak perlulah mengganggu ketenteraman keluarga yang sedang makan di medan selera depan sana. Hingar sorak-borak di medan makan tersebut jauh lebih merdu berbanding alunan techno dari corong speaker pecah (ayah tak bagi modify speaker kot) betul-betul di hadapan sana.


Sejenak wahai saya dan kamu-kamu, fikirkan apa sebenarnya yang kamu mahukan dalam hidup?


Mengejar CGPA?
Evaluasi terbaik Penyelia Latihan Industri?
Wang lebih? (Masih buntu sehingga sekarang kenapa ada orang guna istilah 'wang lebih'. Siapa saja yang mahukan 'wang kurang'.
Kerja yang bagus? (atau 'dikerjakan' dengan bagus)


Hujung pangkalnya, jawapan ada pada kita-kita semua. Hidup kita dan pilihan kita nak ikut arah mana. Kalau ke Zouk setiap malam jumaat itu arah kamu, terpulanglah.


Di mana saya dan kamu-kamu semua 5 tahun akan datang?


Masih di sini atau sudah jauh menerjah awan. Sedikit lagi hendak mencapai bintang dalam kehidupan?


Saya pasti, saya sendiri dan kamu-kamu semua pernah terfikir tentang ini. Tapi fikir hanya
sekadar fikir. Sembang dan angan-angan hanya tin kosong. Esok pukul 10 pagi pergi minum dengan kawan-kawan sambil mengumpat bos. Atau mengumpat bos melalui YM masing-masing di pejabat. Berkat gaji...


Bagaimana dengan kehidupan saya dan kita semua sebenarnya? Ada terfikir? Atau sekadar terlintas, terbahas lalu terbuai layu dihembus asap Marlboro sebatang dua?


Jangan kata kamu kurang ambil peduli tentang kehidupan. Setiap pagi, kita bangun. Bangun pagi itu permulaan sebuah 'kehidupan'. Yang lebih baik dari semalam?

8 comments:

-_- said...

aku suka tulisan kau.

ada hari nanti kita lepak minum sama.

Azrul Hisham said...

setuju dengan pandangan anda

Dyana/Nadia/Dai/dizzy said...

kak dai pun suka tulisan kamu
1 august belanja akak J.CO yer
hehe

Dyana/Nadia/Dai/dizzy said...

kak dai pun suka tulisan kamu
1 august belanja akak J.CO yer
hehe

azrey said...

uzair: insyaAllah. satu hari. cafe kita semakin bertambah skrg. pilih saja.

azrul: yup. tp jangan pandang lama-lama. segan saya.

dizzy (pilih satu nama): tq. wow. J.CO? 1 ogos?

iXa said...

bagus. saya suka.

manusia tak suka hidup manusia. tapi masih hidup seperti manusia yang tak suka hidup manusia. dan tidak membuka jalan menerima dan menerokai lubuk lubuk emas yang ada di depan mata.

bukan emas yang dicari. tapi nilai di sebalik emas yang digali.

A.C.E said...

yah gali bang ! jgn tak gali !
wakaka

Anonymous said...

wow... encik azrie dah semester 5