Monday, July 07, 2008

Nyam3

Kembali ke Kuala Lumpur.


Minggu lepas banyak menghabiskan masa di luar kawasan Kuala Lumpur.


Ke Labu, Negeri Sembilan.
Juga ke Pasir Salak, Perak.

Kedua-duanya bersama tugas yang hampir sama. Bersama lensa tercinta.

Tidaklah rasa kehilangan mana. Kerana Maxis Broadband Si Dyana setia di sisi saya. Terima Kasih ya anda.

Permohonan J Co akan dipertimbangkan. Hoh.

Ketika di Labu, selesai penggambaran di Homestay Kampung Plegong, kami-kami singgah bermakan malam di rumah Pak Lang kepada salah seorang rakan.



Wah. Dinner (hari tu saya lunch dengan chewing gum dan Spritzer saja) yang sangat menyesakkan perut. Tambah-tambah makan bersila. Masak Lemak Cili Padi Daging , Sardin Masak Bacang (atau Bacang Masak Sardin), Tom Yam Ayam. Wah. Sangat Syurga. (Heaven). Sangat mengasyikkan.

Di Pasir Salak apa kurangnya, makan Masak Lemak Gulai Tempoyak Ikan Kembung, keli bakar, ulam-ulaman (tak makan pun).

Jarang cerita pasal makan di blog ini. Saya pun tak suka sangat makan-makan ni (hoh. buat muka tak percaya yee).

Ye lah. Kalau di Kuala Lumpur, biasa makan makanan-makanan yang serba segera. MCD, Carl's Jr, Big Apple, Resepi Rahsia. Wow. Semua resepi dah di standard kan. Sebab tu lah di Myspace atau blog KL gURlZ kebanyakannya banyak (dah kebanyakan nak banyak pulak) gambar-gambar hAngoUT wIF MA FwEnZ aT sTArBuXK wINks2. Atau gambar burger Carl's JR sebelum dan selepas makan yang diambil dengan teruja sekali (trend masakini).

Cuba sekali sekala pekena air tangan orang Labu dan Pasir Salak. Memang terangkat. Sampai tak larat nak bangun.

Apa-apa pun terima kasih kepada yang menjamu. Insya Allah jumpa lagi.

p/s: gambar-gambar di atas tidak diambil oleh saya. Permintaan mengambil gambar ketika saya sedang gelojoh makan sama sekali tidak akan dilayan.

2 comments:

n a t a s h a said...

azrie anda sangat cerah! haha

togayz said...

kenapa muka ditutup
mcm penjenayah besar kl pula