Hari itu saya mengeluh dalam ramai khalayak di Tesco Extra Seremban. Ketika itu hujan lebat dan baru selesai membeli perkakas untuk acara yang masih belum selesai.
Hari itu saya pernah terfikir kalau lah saya seorang perokok, pasti saat itu telah masuk kotak kedua dalam 1 jam pertama melangsaikan pelbagai kerja. Dan rokok apa yang sesuai untuk saya.
Ketika itu saya sedang tertiarap menghadap komputer riba. Di Paroi, Seremban, Negeri Sembilan.
Nasib baik saya bukan perokok, kalau tidak pasti semalam saya kehabisan not di dalam dompet. Membeli kotak-kotak untuk saya bongkar isinya.
Saya kurang pasti apa benar merokok meredakan mana-mana bahagian jiwa, minda yang tegang. Ya kata mereka sambil asap dihembus ke hidung saya.
###
Tamat penggambaran semalam, kurang sedikit tegang otot-otot kesibukan yang pada mulanya entah sampai bila.
Lain-lain, tinggal lagi melunaskan beberapa siri laporan, post produksi dan bersiap sedia untuk peperiksaan akhir. Nanti saya update jadual peperiksaan akhir.
Oh juga nantikan hasil produksi saya ok?
Maaf kerana tiada jemputan menjadi pelakon, sekurang-kurangnya kamu sedar sekarang, di dunia ini ada yang lebih kacak dan cantik daripada kamu. Hehe.
6 comments:
yang cantik itu Mas, yang kacak itu Megat!
ceh.
dik e,
i penah masuk blog ni, tp never knew it was ur blog..hahaha
dyana: hihi.. siapakah mereka?
ixa: yuppie..
sya:
ceh. (selang satu komen ada komen yang sama (baca: ceh)
kalau lu kat paloi, wa lasa lu talak payah isap lokok loo. nurse adik manis lamai apa boley teman jiwa loo. budaya lepak bawah pokok.
tapi wa lasa kalau lu isap lokok, lokok sempoerna hijau kena sama lu. thejukkkkk. (sejuk)
wow (wow) sempoerna hijau.. oke22. nnt wa telai (try)
Post a Comment