Dulu, sewaktu mengaji di Akademi Seni Kebangsaan (kini dikenali sebagai ASWARA), Cikgu A acapkali mengutarakan persoalan 'kedangkalan bahasa dan budi dalam penulisan'.
Kedangkalan ini meliputi aspek tatabahasa, rekabentuk ayat serta matlamat sesebuah ayat itu disusun dan diterbitkan.
Kekecewaan cendekiawan bahasa juga pesat dilontarkan melalui suara individu serta Dewan Bahasa dan Pustaka.
Memang nampak hipokrit bilamana kita menyatakan matlamat penulisan sebagai mendidik atau menyedarkan masyarakat. Tapi sekurang-kurangnya, kita perlu sedar. Kedangkalan bahasa menyerlahkan kedangkalan sesebuah bangsa itu sendiri. Dalam konteks ini, Bahasa Melayu (atau Bahasa Malaysia ya?).
Dalam penulisan berita, pengamal media baik wartawan mahupun kumpulan editor adakalanya terpesong dari pegangan 'aqidah kod etika' National Union of Journalist. Bilamana, gelojoh mendapatkan berita-berita human interest yang mampu meningkatkan graf penjualan akhbar saban hari.
Memang kandungan berita merupakan sebahagian daripada strategi pemasaran sesebuah akhbar. Tapi, bila kandungan itu sekadar menarik minat sekumpulan kakak pekerja swasta yang lalu disebelah toko menjual akhbar, berita entah benar entah tidak itu mula merebak dari mulut ke mulut. Er. Word spread mouth-to-mouth.
Sekaligus merebakkan lagi singgungan hati mereka yang tidak pernah bersalah tanpa rasa berdosa. Atau menutup periuk-periuk nasi elektrik mereka-mereka yang tidak pernah bersalah. Cuma salah faham. Atau kegelojohan. Atau hasad. Atau cuma dengki.
Kita di pihak pembaca, sekadar mengiakan saja. Angguk semua kandungan yang terpapar di dada akhbar. Fakta atau sebaliknya. Belakang kira.
2 comments:
hahhhhhhhhhhh ni kisah syarikat MLM tu ke???????//
your blog is feel good......
Post a Comment