Sambil menunggu rakan tiba untuk berjumpa seorang abang yang boleh di panggil kakak, bulan penuh di atas sana di renung. Renung saja. Kalau melambai, ke bulan, nanti jiran tetangga berkerut dahi pula.
Udara dingin malam membawa sama alunan ayat-ayat suci kalam Ilahi. Dipasang di padang belakang sana. Ada ceramah mengenai Darah dan Air Mata Gaza. Yang pastinya, air soya dan kelapa pasti dijual sama di khemah-khemah kecil pinggir jalan.
Saja biarkan diri terasing di luar.
Daripada mendengar siaran berita yang entah benar entah tidak di dalam sana, ada baiknya sejenak di luar membawa diri ke arah ayat-ayat yang pasti kebenarannya tidak perlu dipastikan lagi.
Masuk kereta. Tutup pintu. Tarik tali pinggang keledar kerana pemandunya sudah sedia bertali pinggang keledar.
Kereta kecil meluncur laju. Jauh meninggalkan alunan tadi.
Pergi.
Pergi.
Tapi, bulan tadi masih memerhati. Dari sana. Entah di mana.
1 comment:
wah...x sangka ustaz pandai tgk dan menghayati keindahan bulan..hihi
Post a Comment