Masa darjah 3 Dik E jadi pengawas.
Macam mana boleh jadi pun Dik E tak tahu.
Masa tu kena pakai kasut hitam.
Ayah ajar ikat tali kasut.
Ikat reben.
Dik E tak reti-reti juga.
Ayah senyum je.
Masa sekolah rendah juga,
Dik E masuk pertandingan deklamasi puisi,
Minta ayah tolong buatkan sajak.
Masuk sekolah menengah,
Dah tak ada tie getah.
Kena belajar ikat sendiri.
Ayah, ajar dan ajar lagi.
Tapi Dik E jahat.
Minta ayah ikatkan.
Tiap-tiap kali nak pergi sekolah.
Ayah senyum je.
Ayah,
Masa mula-mula tahu Dik E dapat masuk maktab,
Ayah gembira sangat.
Kita pergi beli barang-barang bersama.
Kat J.J.
Maklumlah, anak yang seorang ni,
Pertama kali nak berjauh dari ayah.
Tapi Dik E jahat.
Dik E tekad tak nak sambung belajar kat sana.
Ayah senyum je.
Tak sangka bubur nasi yang ayah minta tolong beli hari tu. Pembelian terakhir Dik E untuk ayah.
Tak sangka kain yang Dik E beli untuk ayah masa di Jakarta, digunakan untuk alas ayah semalam.
Tak sangka Dik E diberi peluang belai badan ayah semalam. Gosok dan mandikan. Macam mana ayah mandikan Dik E masa kecik-kecik dulu ye?
Tak sangka Dik E diberi peluang teman ayah sampai ke tempat baru ayah beradu. Kemudian, tolong tutupkan pintu. Supaya lena ayah dengan aman tanpa diganggu.
Kami semua menangisi pemergian ayah dengan redha.
Ayah pergi dengan senyuman.
Setiap kali terkenang, pasti bergenang.
Ayah, tak pernah sesekali Dik E nafikan, mahkota 'ayah' untuk kami adik beradik, tak pernah dan tak akan tolok banding kehebatannya. Kami bangga dengan ayah. Seadanya ayah. Setiadanya ayah disisi kami.
Dik E janji akan jadi kuat. Jaga Mak, Cik Nah. Balong, Bangah, Kak Ja pun sama. Tak nak nangis-nangis lagi. Teruskan apa yang tak sempat kami buktikan pada ayah.
Al- Fatihah.
Ayahanda, Hamzah Mohamed (20 Mac 1947 - 16 Mac 2009).
19 comments:
sebak bace post kau kali ni.
sedih sambil berlinang air mata.
entah napa. mungkin aku byk buat silap ngn ayah aku.
ape2 pun.take care k.
Dik E kitaorg ada dibelakang sapot kemajuan kamu,ditepi supaya kamu ada buddy semasa susah dan sng and di depan leading kamu utk buktikan apa yang tak sempat kamu buktikan kat ayah.
Takziah Azrie.. maaf sebab tak sempat datang betandang menyampaikan betapa aku sedih mendengar perginya ayah....
Aku faham perasaan hang...
sekurang2nya.. hang sempat nak belikan bubur.. hang sempat hantar dia lena dalam tidurnya.. hang sempat memberikan kain yang menutup jenazahnya...
Banyak yang hang sempat.. dbanyak yang aku tak sempat semasa ayah aku pergi menyahut seru yang sama....
Aku tak pernah menyesal dengan pemergian ayah aku.. dan aku harap hang akan melakukan perkara yang sama..
Ayah cukup sifat 'bapa'nya.. percaya atau tak..aku turut menjadi sayang padanya saat pertama dia datang dan menyatakan keinginan membantu MIIM dulu.. sayang yang tak dapat aku ungkapkan.. sayang mungkin sayang seorang anak kepada bapanya juga.. belive me.. ur father have been our father since he is there to be among all of us to bring back MIIM to its place.. and put me where i am now...
Aku takkan lupa jasa ayah.. dan aku pasti ramai yang dalam sedar dan tidak akan sentiasa tahu ayah adalah orang yang memberikan jasa pada diorang..
Aku tak nak tipu diri aku kata aku tidak sebak bila baca post ni.. aku faham sangat2 perasaan hang.. tapi redha.. dan percaya segalanya punya hikmah.. mungkin sudah tiba masanya untuk hang berdikari, menjadi dewasa..
Takziah sekali lagi.. dan aku doakan ayah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..
setuju komen di atas ini. kebapaan itu terasa walau baru sekali bersua.
hu.
takziah buat anda & keluarga.
al fatihah buat aLlahyarham.
Takziah Dik E..
Sebagaimana anda berbangga dgn ayah anda, saya percaya dia pun berbangga dgn anda, kerana membesarkan seorang anak yg tahu mengenang jasa ibu ayah.
takziah dik e. be strong ok. huhu.
salam takziah..
kte mmg da diciptakn utk hidup & kembali kepada-Nya..
semoge tuhan mengasihaninya
sbg mne dia mengasihani kte dr kecil hingga sekarang....
amin...al-fatihah
azrie...ayah awk byk tlong miim....mase pg umah smlm...saya masih mampu menahan perasaan kerana dikelilingi pelajar2 n rakan2....tp ble tgk muke awk...sy tigt mase kami dihalau...mase kite meting ur dad offer help...n he did help us alot..hanya allah saja mampu jasa ayah...sabar yer azrie...smoga ayah tenang & berada dalam golongan yang beriman... amin...
sabar laa ustad... ayah ustad da seperti ayah kami.... lbh2 lg dlm keikhlasan ayah dlm membantu memperjuangkan nasib anak2 dia yg terabai kita bangunan di sita... tak dapat di balas dengan harta pengorbanan nya... cuma doa pengirng dia di sana...
azrie..be strong n always be patient k..sebak aku bler bace post ko kali ni..tp ko kna igt sekurang2 nya ko masih lg ade emak n adik beradik ko yg lain..masih ramai lg kat dunia ni yg takde sape2 pn lg..Allah lebih menyayangi dia dr kite semua..be strong azrie..
:'(
entri kali ini benar2 menyentuh. sehingga tak tertahan
lalu air jernih mengalir
takziah.
la tahzan~
p/s: semoga roh ayahanda dicucuri rahmat.amin.
semoga tetap tabah ye kawan :)
Dik E... KUATKAN SEMANGAT !!
Teruskan kehidupan kita.. GANBATE !!
takziah
ya.
entry ni menyentuh n wat sy jga mengalir air mata.
benar kata abg kumar.
ayah abg azrie byk jasa dalam membantu pljr miim suatu ketika dulu.
abg azrie, bykkan bersabar.
semo d muka bumi ini akan kembali padaNya juga.
jaga diri. study baek2. capaikan matlamat & cita2 abg azrie.
aku pon sedey.. x sangka biler terjaga dr tidur, dpt berita uncle dah x da.. dier mmg byk tlg kite dan miim..every sem pon slalu tlg group kite.
takziah..
aku pon sedih baca entri nih..
unclke baik sgt..dah aku anggap mcm ayah aku sendri kat kl nih..
terima kasih uncle..
semoga roh uncle dicucuri rahmat.amin.
ko jgn sedih2 eyh..kitorg ada..
takziah.
Al-Fatihah..
takziah
-en rie-
Post a Comment