Tuesday, May 04, 2010

Setelah Sekian Lama, Hello!

I

Ada sesuatu yang membuatkan saya terpanggil untuk menulis. Entah apa, saya pun kurang pasti.

Saban hari, saban waktu selalu saja saya lewati laman ini, scroll ke atas dan bawah berulang kali. Sama saja isi perutnya.

Benar memang benar, ghairah saya menulis sudah pun kurang. Kalau dahulu, selak langsir nampak bulan penuh, boleh siap satu entri 5 minit kemudian.

Hari ini tidak lagi. Dan mungkin esok lusa kembali.

Darah panas menulis memang masih mengalir, cuma tidak terkena suntikan adrenalin yang merangsang hormon meluah rasa di blog barangkali

II

Senja tadi pintu rumah diketuk kuat, tergendala sekejap nak create outline artwork di AI.
Yang lain masing-masing dengan aktiviti domestik di bilik masing-masing.

Diselak daun pintu, Uncle Paper (tak pernah pula tahu namanya) tercegat di luar sambil memegang resit langganan akhbar sepanjang sebulan lalu. Setelah mengambil sekeping dua not di dalam beg duit, jeriji yang memisahkan komunikasi aku buka perlahan.

"Macam mana your mom?"

"Ok uncle. Sihat saja" Uncle ok?"

"Ok, sihat"

Diam sekejap. Macam dapat saja aku baca apa difikirannya.

"Take a good care of her ok"

Angguk dan tersenyum.

Uncle Paper pergi melewati pagar depan. Di palingkan pandangnya ke arah aku dan sekali lambaian.

Bukan apa, cuma terbayang ketika mereka sama-sama bertenaga tidak lama dahulu, ada saja celoteh dan usikan yang diterima Uncle Paper.

Hari ini, hanya Uncle Paper, dan aku yang menyambut resit-resit lusuhnya.

No comments: