Tuesday, February 01, 2011

Hanya Ada Sekeping Hati

Hanya Ada Sekeping Hati

Hanya jika kau terlupa
Aku hanya ada sekeping hati
Yang kau punyai setengah mati
Yang kau labuhkan keabadian janji

Aku cuma ada sekeping hati
Sekalipun ia untuk direjam rasa tidak bersalah
Atau cuma keegoan yang memaksa
Tangan- tangan asing mempersenda dan terus mempersenda.

Apa yang aku ada
Hanya sekeping hati yang tak terganti
Sekalipun ia dicalar dan disayat sekali lagi
Inilah hatiku tidak seperti dulu
Dan takkan pernah lagi seperti yang lalu

Sehingga suatu hari nanti
Sekeping hati ini akan tidak lagi dihargai
Pada waktu itu
Aku mungkin telah terlalu bersedia untuknya
Kerana hari ini
Sudah seperti itu.

Azrey,
Sebelum lena dan akan bangun untuk mendaki esok pagi.

No comments: