Monday, May 16, 2011

Cikgu

Cikgu.

Lilin atau lentera acapkali menjadi lambang
Pengorbananmu yang sebenarnya
Lebih dari sekadar membakar diri
Atau menyinari hati- hati kami

Bukan sekali ini kau disergah kebatilan
Kemurnian yang disapa dedebu durja
Pasak keteguhanmu sedikit pun tiada teranjak
Mengubah apa yang dipanggil perjuangan

Dentingan loceng yang menggelepar saban pagi
Memukaddimah sebuah kisah setiap hari yang dianggap biasa
Pada hakikatnya,
Kisah itulah yang menjadikan kita siapa kita pada hari ini.

Untuk menjadi sepertimu
Mana mungkin aku
Kerana engkau terlau suci
Sekadar terima kasih kami pun mana mungkin
Membalas harga ilmu- ilmu itu
Bukan pada tebalnya buku
Tetapi kasih dan sayang mereka pada kita

Sekalipun kisah ini sudah terlalu lama
Ngiangnya masih tersisa di hati ini.
Manisnya semalam
Masih mampu meggarit senyum di bibir kami

Tuhan,
Aku terlalu sayang kepadanya
Pastikan kesejahteraan
Kebahagiaannya dan senyumannya
Terus mekar untuk terus menabur jasa
Kepada kita semua
Sampai bila- bila.
Cikgu.

Azrey
16 Mei 2011
Di studio mini saya.



No comments: