Thursday, June 02, 2011

Semalam Pada Kita

Semalam Pada Kita

Semalam pada kita
Melihat tona serta warna yang tercalit
Pada kupu- kupu itu
Adalah lukisan paling indah
Setiap kali terkelip mata

Semalam pada kita
Melambai pada ombak yang mengacah
Serta kirmizi di hujung sana
Adalah ketenangan hati

Semalam pada kita
Sekadar segarit dua
Senyuman dalam tawa tanpa suara
Cukup benar menjemput bahagia

Selepas semalam
Sebelum esok
Dan mungkin hari ini
Segalanya seakan masih ada

Santun kata yang rasanya selalu disusun
Terpaksa diatur sekali lagi dan lagi
Sekiranya engkau terlupa
Namaku masih yang sama
Seperti semalam
Sayangnya masih sama.

Azrey
2 Jun 2011



No comments: