Friday, March 08, 2013

petikan Cerpen Rambut Palsu Cikgu Bari II


"Saya mengaku, anak saya dipergunakan pihak tertentu untuk jatuhkan Ustaz Atan yang pegang jawatan AJK PIBG."

Dewan jadi riuh rendah. Seorang ibu muda bertudung merah jambu yang dari tadi asyik dengan Galaxy Tab kini menumpukan perhatian ke pentas utama.

"Saya buat pengakuan ini atas rasa tanggungjawab saya dan saya tak sanggup tengok Ustaz Atan difitnah dan terus difitnah."

Cikgu Bari meneguk air putih di dalam bekas jernih di hadapannya. Beberapa kali juga dia cuba menarik dan menghela nafas.

Cikgu Bari toleh ke arah  Cikgu Besar. Cikgu Besar nampak runsing.


"Bohong! Sumpah, memang Ustaz Atan yang rotan punggung saya sampai patah pembaris! Sumpah! Bohong!" Sofi meninggikan suara, cuba tarik perhatian.

Kini semua mata dan kepala beralih ke bahagian belakang dewan.

Dewan riuh rendah, agenda sebenar mesyuarat PIBG untuk memilih AJK yang baru, tertangguh lagi, setelah ditunda beberapa kali.


No comments: