Saturday, April 06, 2013

Ketika YB Menundanya Lagi


Masa pun telah lelah untuk menanti,
Sepuluh menit lagi.

Seorang wanita seusia mama,
Keluar dari pejabat YB,
menyapa aku dan berkata,
"YB minta tunda, esok atau lusa."

Dengan senyum yang hampir terpaksa
aku berdiri dan minta diri.

Rasanya bagai diperbodohkan lagi,
Oleh seorang YB ,
Yang ijazahnya luar negara, 
Yang hujahnya didamba media,
Yang kuasanya memenjara mangsa. 

Dengan senyum yang hampir terpaksa,
Aku merenung papan tanda,
Pejabat Khidmat Wakil Jelata,
Yang sarat dengan bendera-bendera,
Tiga empat warna.

Teriak di dalam hati;
Nanti,
Kita lihat siapa lebih punya kuasa,
Memilih apa untuk diperlama.
Azrie Izham Hamzah
6 April 2013
Kuala Lumpur

2 comments:

Pitri Al-Fateh Zainon said...

Power, yang ni power beb.

azrey said...

wow.. bila hang komen ni