Monday, January 29, 2007

Hilangnya 'mim' pada Melayu

assalamualaikum

jam pc : 1146AM
tengah : listening to Asy Syura by Far East
mood : selsema

aaaachoom!

sejak pagi semalam saya didatangi tetamu tidak diundang ini. oh selsema...
nasib baik hari ini tidak ada kelas. jika tidak pastinya saya terbersin-bersin dihadapan muka lecturer sehingga universal air cond terpadam.

pada minggu lalu, saya telah memulakan semester baru pengajian. semester dua ya.
kepada semua secret admirer, sepanjang semester ini, saya percuma pada hari isnin.

sambil-sambil bosan tak tahu nak buat apa, saya pun merayaplah ke page-page Myspace rakan-rakan yang dikenali mahupun yang tidak dikenali.

berMyspace tu tak salah. saya pun ada myspace. tapi yang jadi tak tentu arah bila trend yang entah apa-apa jadi jamuan mata. macam-macam rupa ada.

kalau dulu Mastika gemparkan bangsa kita dengan pendedahan anak melayu yang fanatik terhadap budaya Black Metal, hari ini istilah Gothic pula bercadung-cadung tumbuh.


Nama Goth itu sendiri asalnya merujuk kepada nama kaum Goth, Ostrogoth dan Visigoth iaitu kaum dari Jerman yang telah wujud sejak sebelum zaman Renaissance lagi.

Fakta ni taklah tepat sangat. Tapi yang tepat, anak-anak melayu sekarang yang jelas tak bertepatan dengan asal-usul mereka sendiri.

Gothic ialah subculture music yang melibatkan kematian. Sebab tu baju-baju yang dipakai mereka-mereka ni hitam-hitam belaka. Umum tahu, hitam inilah warna yang dipakai orang Eropah zaman feudal, sebelum dan selepasnya pakai untuk ke gereja.

Saya memang sokong hasrat murni anak-anak melayu yang lebih dan yang kurang sebaya dengan saya ini untuk mengingati kematian. Tapi bukan dengan cara terkinja-kinja dilatari lagu ala-ala 'Joint Me In Death' dan lain-lain lagu yang amat mengasyikkan. Layan...

Ingatkan mati dah betul. Tapi yang tak berapa betulnya, tak takut Tuhan.

Nak berfesyen tak reti cermin budaya. Fesyen memang melambangkan tingkahnya yang entah apa apa. Ibu ayah mereka berbangga atau kecewa, mereka bukan ambil kira. Puas menayang baju dan perangai di ibu kota, itu yang utama.

Nak sangat jadi Dracula atau Frankenstein, pergi tinggal kat Gotham City dalam cerita Batman tu. Tak ada siapa nak bising!

sekian terima kasih...
aaachom!

No comments: