Thursday, February 01, 2007

Rejected Sim In Your Hands

assalamualaikum

maka dengan ini sim celcom saya telah di reject oleh pihak ketiga yang mengesyaki saya merupakan seorang penceroboh telefon bimbit.

mula-mula sim blocked sahaja, akhirnya sim saya telah di reject dengan kejam sekali kerana saya berlaku kejam terhadap papan kekunci telefon bimbit nokia itu.

bagaimana tragedi ngeri ini boleh berlaku?

ketika mata saya asyik melakukan aktiviti tidak berfaedah di atas talian, tangan kanan saya pula dengan penuh keyakinan memicit-micit nombor pin pada telefon bimbit yang baru dihidupkan itu.

sekonyong-konyongnya saya terkesima melihat paparan yang ada didepan mata. hoh! SIM card blocked. Lepas dah kena block, kenalah insert PUK code.
(PUK= Personal Unblocking Code)

niat di hati ini hendak sahaja call celcom customer service operator (operatornya bernama eddie, tinggal di mahsuri apartment setiawangsa. baru selesai menjalani ujian penilaian tahap kecekapan yang dijalankan oleh celcom...)

saya batalkan niat itu setelah menyelak tirai kamar dan memandang langit...hari sudah larut malam. maka saya teringat akan kata-kata...eh...tak ingat dah.

lantas, saya bertemu dengan encik google dan mengajukan masalah saya.

menurut encik google, untuk mendapatkan PUK Code, saya perlu menyemak code pada simpack. lantas saya bergegas mencari simpack di dalam laci tepi katil sana. isi kandungan laci tersebut adalah amat mengerikan sanubari ini. serpihan cd cd yang dah patah, serdak kuih raya yang tak sedap, borang salah laku pelajar masa sekolah dulu-dulu dan pelbagai khazanah alam sekitar lagi terdapat di dalam laci terebut.

kesimpulannya. tak jumpa PUK code.

encik google berpesan pula, jika tidak jumpa simpack didalam laci, teruslah merungkaikan telefon bimbit untuk mendapatkan PUK code yang tersembunyi di badan sim card.

First .....take out the sim card ....
u can see the 3 roll of no there...
now ......the PUK is 8 digit , right ?
read from there....

example : 123456

2345*67

345678*

ok.......key in the 8 digit backward......that's mean : 87654376
got it ???




got it? demmit! lagi saya cuba, lagilah saks jadinya. Arithmophobia saya berada di paras kritikal. last-last sim card rejected sampailah ke saat ini.

ape nak buat?

No comments: