PASIR SALAK
Pada hujung minggu yang lalu, saya telah ke Pasir Salak Resort untuk menimba pengalaman di samping membaham ostrich black pepper bersama-sama tom yam di Pantai Teluk Batik ketika ini masih dalam kerja penambahbaikkan. Tatapilah gambar-gambar di fotopages saya.
SAYA DAN PELAJARAN SAYA
Ya. Semuanya berjalan seperti biasa. Coursework datang bertimpa-timpa bak hujan batu di Greenwood. Namun saya terima dengan redha dan penuh semangat. Jika saya malas, ertinya saya menipu diri sendiri atau dengan lebih bahasa yang lebih molek, jika saya malas, ertinya saya amat saks dan gampangs. Saya perlu buangkan kemalasan saya kerana ada sesuatu yang lebih manis menanti di depan sana. Saya paling suka subject News Writing 1. Azab kelas petang tidak langsung saya rasakan ketika mengikuti kuliah Encik Abu.
Semalam, ketika baru selesai solat zohor di surau, ada seorang pak cik (atau lecturer yang saya kurang kenali) dengan ramah mengajak saya berbual.
"Media and Communication memang agak susah nak buat research. Source kurang kan..."
Saya sekadar menggangguk sambil poket saya bergegar. Ada sms yang masuk. Biarkanlah dulu.
"For extra notes and sources, cybercollege.com"
Kemudian beliau berlalu pergi. Saya agak blur. Tapi setelah mencuba alamat yang dimaksudkan, memang tepat. Cubalah.
SAYA DAN GAMBAR INI
Inilah gambar yang saya ambil menggunakan nokia 3250 (baru sembuh dari kanser).
Lawa tak?
Bunga tu...?
huhu
No comments:
Post a Comment