Tuesday, February 20, 2007

PERANAN BBQ DALAM MEMPERKASA FILEM KITA

Assalamualaikum.

BBQ
Pada malam Isnin yang lalu, telah berlangsung sebuah majlis BBQ di rumah saya. Majlis kecil-kecilan sahaja. Kakak saya telah menjemput sedikit-sedikit kawan, saya juga telah menjemput sedikit sedikit kawan. Bak kata pepatah, sikit-sikit lama lama jadi bukit. Bukit botak, kontraktor untung. Kontraktor botak banyak hutang saman. Kasi rasuah, tapi tak jalan. Eh, sedap pulak.

Daging?
Ada
Ayam?
Ada
Kentang?
Ada
Arang?
Ada
Barbeque set?
Ada
Semua ada?
Ada

Menjelang Maghrib....

Lighter ada? Mancis?
Err...

FILEM KITA
Pada hari isnin pula, saya bersama rakan-rakan lama telah menonton wayang di Suria KLCC. Ghost Rider nama cerita tersebut. Persepsi awal, mungkin cerita ini seperti filem Remp-It.
Namun sangkaan saya meleset. Filem adaptasi komik ini saya bagi 4 bintang per 5 .

Ada yang kata filem ni 'dol', tak best, bosan, mengarut. Dan nasihat saya kepada pengkritik-pengkritik tersebut, kritiklah filem tempatan dan janganlah nak bandingkan dengan filem-filem barat. Lebih-lebih lagi filem seram tempatan yang merasuk di pawagam sepanjang tahun ini.
Mukhsin yang tak masuk pawagam dah menang Grand Prize dari Juri antarabangsa dan 2nd Prize dari Juri Generasi Baru (Youth Jury) dalam Festival Filem Antarabangsa Berlin.

Nenek kawan saya pernah berkata, Monkeys don't know how to appreciate and value flowers.

Maksudnya, seorang tua yang sejak lahirnya tinggal di sebuah perkampungan kecil, yang sarapan pagi setiap harinya adalah sama, tidak akan mampu membezakan DOPOD dengan IPOD, ASTRO dengan RTM, mahupun membezakan diantara Negeri Sembilan NAZA dengan Barcelona.

Kata seorang pelajar tadika di Taman Melawati pula, Rasa penghargaan dan keterbukaan setiap rakyat adalah lebih bermakna daripada kemenangan dan pencapaian Nicol Ann David dalam arena squash atau sumbangan sesiapa sahaja yang mengharumkan nama negara.

Kata seorang penganalisa politik (ehem) pula, Saya tidak tahu apa-apa, no comment.

Malaysia ku...

No comments: