Friday, February 23, 2007

Rokok Menjana Pembangunan Modal Insan?

Assalamualaikum

Untuk pengetahuan para peminat rahsia (secret admirer) dan pembaca senyap (silent reader), hari ini saya telah gagal pergi ke kelas kerana amat berat sekali kepala ini untuk bangkit dari bantal itu.


ROKOK
Saya mendapat idea untuk menaip tentang rokok setelah membaca catatan di blog rakan saya di sebelah sana yang berhajat sangat untuk berhenti merokok.

Saya dan rokok? Seumur hidup saya, hanya dua atau tiga puluh tiga kali sahaja saya pernah merokok. Pegang rokok tu banyak kalilah. sebelum mematahkan rokok-rokok tersebut

Pertama kali saya merokok, di taman perumahan saya pada tahun 2004. Setelah menyedut asapnya, saya mengalami trauma yang amat mengerikan dan mengambil masa kira-kira 3 bulan untuk kembali sembuh sepenuhnya.

Kali kedua, tahun 2005. Kami sedang menjalankan eksperimen di makmal BIOLogi. Topik apa pun saya dah lupa. Bukannya kami disuruh merokok, tetapi melihat perbezaan kesan rokok berfiliter dan tidak berfilter ke atas sistem pernafasan.

Masing-masing terlupa bawak rokok, jadi saya bergegas ke pondok pengawal untuk mengemis beberapa batang rokok dari Pakcik Guard. Pakcik Guard tu sedikit terkaget sambil menggelengkan kepala dengan gerak perlahan melihat saya berpakaian biru, tali leher merah meminta rokok dengan muka yang amat kasihan.

Dapat rokok, pulanglah saya ke makmal. Ketika dalam makmallah yang saya hisap buat kali kedua. Gila. Hisap rokok dalam makmal. Dalam kawasan sekolah tak apa lagi pun dah tak boleh.

Sedut-sedut, rasa macam hisap dadah pulak.walaupun tak pernah hisap dadah

Rasanya dua kali tu saja saya merokok. Patahkan rokok member-member banyak kali. Sampai ada yang ugut nak patahkan kepala saya pula. Ada juga yang merajuk selepas saya patahkan Dunhill terakhir di dalam kotaknya. Hoh. Merajuk.

Disekeliling kita penuh dengan asap rokok. Sebenarnya perokok sedar bahaya merokok. kan kan? Tapi apakan daya. Bak kata mereka sendiri, belum sampai seru. Sampai seru tu dah nak mampos.

Ramadhan tanpa tembakau. Tu pun boleh jadi sangap kalau tak dapat. Lepas moreh sekotak 14 pun habis. Syawal, Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram, Safar.....Syaaban? Tembakau ada.

Di dalam al-Quran Allah berfirman “.. dan janganlah engkau membe-lanjakan harta mu dengan boros yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu, adalah saudara syaitan .” (Surah al-Israa’:26-27).

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah bersabda ketika dalam peperangan Khaibar: “Sesiapa yang memakan dari pohon ini iaitu bawang putih maka janganlah dia memasuki masjid” (Hadis Ibnu Umar r.a). Sebagaimana yang kita maklum bahawa bawang putih mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan dan ini mungkin akan mengganggu jemaah yang sedang sembahyang. Bayangkan pula keadaan yang sama dari segi bau orang-orang yang merokok.







Yang nak berhenti merokok? Baca lah amaran pada gambar ini.

Sekian.

yeyey sudah dapat set bbq elektrik!

4 comments:

Anonymous said...

ni first time dtg niii!azrie,tak tau la kamu ingat kat me ke tak.kite pnah chat dulu2.heh..aycookie..does that name ring a bell?anyhowwww,wah,hebatnyeeeee azrie tulis menulis ni!tabik toing2 kat kamu yaaaaahhh...

Anonymous said...

hello aycookie! ur name always on my mind lah. i'm missing u.huhu. long time no chat.
nombor pun dah hilang. kalo still ade my number, msg lah i k. toing2.

Anonymous said...

masen tanak komen ke ehem3. masen ehem3.

A.C.E said...

adess..