Tuesday, February 27, 2007

Gamelan dan Cak Lempong.

Assalamualaikum

Ujian dalam hidup? Biasalah tu. Semua orang akan menempuhnya. Saya pun begitu juga. Samada bersedia atau tidak, terpulang kepada kita. Tempuh tetap tempuh. Takkan dapat kita lari dari ujian dunia. Melainkan anda liat bangun untuk menduduki ujian pertengahan semester. % markah pembawa (carry mark) anda pasti akan jatuh. Ujian siang tadi agak memeranjatkan saya kerana...no comment.

AYAK-AYAK
Ketika dan saat ini saya sedang mendengar irama gamelan yang diperoleh daripada seorang teman di YM.

Latar blog ini ialah irama gamelan Ayak-Ayak. Apa maksudnya pun saya kurang pasti, tetapi menurut Pakar Neurologi Pesakit-Pesakit Parkinson Gombak Selatan, terdapat beberapa teori bagaimana nama irama gamelan ayak-ayak diperolehi:

  1. Pengaruh masyarkat cina dalam seni gamelan. Zaman dahulu kala, jurulatih kumpulan pemain gamelan ini merupakan orang cina. Setiap kali berlatih lagu ini, mesti banyak buat silap. Tiap kali buat silap, jurulatih tu pasti akan cakap "Aiyaak..lu orang liti main ka talak liti".
  2. Pengaruh budaya masyarakat Utara Semenanjung Tanah Air. Kebiasaannya, penduduk kampung berlatih irama ini pada musim El Nino sebab sawah ladang kering. Bila dah panas, tekak mulalah kering jugak. Setiap kali berlatih mesti mintak air. "Ayak-ayak".
  3. Irama ini dilatih dan diajar kepada kanak-kanak. Mereka perlu berlatih 8 jam sehari sampai nak terberak. Dengan pelat kanak-kanak ini akan mengadu, "yak, yak."

Itulah 3 teori sesat asal-usul Gamelan Ayak-Ayak.

Saya memang suka mendengar irama gamelan, cak lempong. Sekolah dulu tak ada set gamelan. Tapi ada pasukan cak lempong. Bila ada majlis, pinjamlah set dari sekolah rendah. Nama pasukannya, Nilam Kencana kot.

Gamelan dengan Cak Lempong ni lain. Lain tang mana tuh, kurang pastilah. Tapi yang pastinya, beat gamelan lagi gemalai berbanding cak lempong. Kan? Gamelan banyak mengekalkan lagu-lagu seperti Timang Burung, Lapan Lagu, Perang Manggung dan My All Ayak-Ayak nih.

Cak Lempong pulak, rancak. Dan lebih layan. Seperti melayan Bittersweet dan The Times. Orang main cak lempong nih pun saya nampak muke mereka akan lebih enjoy. Lebih-lebih lagi yang duduk depan sekalilah. Lagu-lagu cak lempong, kebanyakannya disesuaikan dengan kehendak masa kini. Pandai-pandailah cari music note nak ketuk yang mana. Lagu yang popular bagi muzik cak lempong, Bujang Lapok, Row, Row Your Boats a.k.a Dayung Sampan dan juga lagu Cindai. Saya kata popular sebab lagu-lagu tu je yang saya selalu dengar.

Cak Lempong ada macam-macam jenis. Tengoklah video ni. VIDEO CAK LEMPONG

Kepada orang yang berkenaan, kalau salah sile betulkan ye.

2 comments:

Unknown said...

gamelan and caklempong memang lah lain. alat2nye lain, music compositionnye lain, lagu2 nye lain, and of course la cara nak mainnye pon lain.

lagu caklempong cam comel2 sket bbanding lagu gamelan sbb the main instrument is anak bonang. size anak bonang lebih kecik drp bonang dlm gamelan tu.

apape pon saye ttp syg b0nang saye :D

p/s: hehe sory2 panjang plak. terover excited sket ble bace psl gamelan2 ni =p

Anonymous said...

terima kasih kerana mengulas...

wow... comel2

besnya jd jd bonang...

ade org syg...

hm...