Wednesday, April 04, 2007

Akademi Fantasia - AFUNDI SAMPAI BILA?

Assalamualaikum.

Apa khabar? Pada Hari isnin yang lalu, saya telah dikurniakan sijil. Ya. Sijil. Sijil yang ditandatangani oleh seorang doktor. Oh. Medical Certificate.

Ada yang kata, saya dilanda Demam Akademi Fantasia. Wah. Memang mendemamkan. Ada hakikat besar yang terselindung disebalik kehangatan wabak fantasia ini.

Kalau AF1, AF2, AF3 dan AF4 bolehlah saya nafikan kepekaan saya terhadapa rancangan realiti ini. Namun setelah dekoder ASTRO wujud di sini, saya menjadi sedikit responsif terhadap perkembangan rancangan fantasia yang ke lima ini.

Tersenyum. Sama saja reaksi saya tatkala terbaca komen umum, tak kiralah di Channel 15, blog individu mahupun rakan-rakan di dunia yang masih hidup.

Dafi Gay? Auw... Dekna Gedik? Semua pun gedik. Masuk saja Institut Pengajian Tinggi Fantasia ini terus disuntik virus gedik. Barangkali.

Yang fanatik? Apa kurangnya. BerAFUNDI SAKAN. Duit berhabis tak apa. Janji Dafi penuntut pilihan selamat sampailah ke konserto terakhir.

Bak kata Hotlink, Life Unlimited. Life, atau kredit yang Unlimited untuk mengundi? Orang Malaysia segelintirnya terlalu pemurah atau sangat dermawan. Sudah semacam satu tradisi yang bakal diwariskan kepada generasi baru, AFUNDI satu keperluan atau... satu keasyikan. Bercadung-cadung tumbuhnya generasi muda belasan tahun atau lebih parah lagi generasi sekecil Aiman Tak Kisah yang sudah dijangkiti ketaksuban AFUNDI ini.

Minat tak salah. Yang tak minat tu diamlah. Nak ikut serta penuntut terkinja-kinja di konsert yang bertemakan Ketuhanan? 'Apa salahnya'. Silakan. Tapi yang dalam genggaman tu tak lepas-lepas dari memicit-micit papan kekunci. Setiap kali Aznil ingatkan supaya terus mengundi, setiap kali itulah budak itu dipengaruhi dan ada pihak yang... untung lagi!

Aznil kata, undi sangat bermakna. Undi itu biasiswa kepada para pelajar. Tapi saya rasa, undi itu bayaran balik kepada si penaja yang baik hati. Tak cukup dengan AFUNDI? Download saja segala macam promosi yang terpapar 24 jam di Channel 15. Oh. Itu juga biasiswa kepada pelajar?

Nama 'Akademi' itu sendiri sudah cukup memperlihatkan rancangan realiti ini sebagai pendidikan. 'Fantasia' yang diletakkan dibelakang melengkapkan maksud yang tersirat.
Pendidikan Fantasi. Pendidikan dengan angan-angan. Yang terbuai dek anganan menuju puncak ini, siapa? Mereka yang 'ter'hantar mesej ke 32999. Itulah orangnya.

Setiap kali konsert, yang ditunggu-tunggu bukannya persembahan para pelajar. Tapi saya gemar mendengar komen para pengkritik selesai persembahan. Lagi gemar, mendengar kritikan yang diberikan kepada si pengkritik. Hai. Dashyat betul orang Malaysia, pengkritik pun dikritiknya.

Kalau benar niat murni nak bina Institusi Pengajian realiti TV , usulkan saja dalam persidangan untuk dapatkan sokongan Kementerian Pengajian Tinggi atau Kementerian Pelajaran dalam rancangan realiti ini. Cari Menantu pun rancangan realiti. Ada sokongan kementerian. Menjadi. Mengapa tidak akademi ini?

Ingat lagi 'hakikat besar' yang saya timbulkan pada awal coretan? Kalau tak ingat, scroll saja ke atas.

Hakikatnya, dalam rancangan fantasi sebegini ada pihak yang untung. Untung besar. Jangan lupa, ada pihak yang rugi. Rugi pun sama besar. Atau lebih besar.

Tak faham? 'Gali'lah sendiri.

Kepada para pengAFUNDI, pastikan sokongan anda tidak berbelah bagi kepada para pelajar. Jangan biarkan pelajar kesayangan anda tersingkir awal di dunia FANTASI. Biar mereka tersungkur jatuh di dunia REALITI. Ketika album mereka siap sedia untuk dijual, ketika itu biarlah dia tercari-cari ke mana pergi penyokong setia yang mengAFUNDInya suatu masa dulu. Oh. Para penyokongnya masih mengAFUNDI. Pelajar baru. Yang lebih jambu!

10 comments:

cik ngaum said...

baru nak kepostingan pasal ni

azrieizham said...

hoh!

encikmasen said...

hoih..ape best afundi

taip GS INFIN dan hantarkan ke 39003

atau melalui talian tetap dgn mendail 13773 dan tekan 12..

ajami said...

Salaam..

mmm, sejujurnya 1 pandangan yg menarik!.. i'll be ur nx blog reader :-) huhu!..

azrieizham said...

hey mr ajami, u're always welcome..love reading yours too.. :)

Anonymous said...

afundi mila

Anonymous said...

orang ramai sanggup tunggu hingga mlm utk masuk AF. sedangkan Akademi Al - Quran ......

Frat^boy Yg Hensem said...

suke membaca sesuatu yg mengutuk seseorang atau sesuatu..

azrieizham said...

oh encik frat...
maaf kerana tiada kutukan dalam tulisan di atas.

sekadar mempamerkan realiti yang jarang-jarang kita sedar.

siapalah kita utk mengutuk atau menilai orang lain...

sekadar pendapat

zafi said...

hahhahahaha
this is life!