Saturday, June 09, 2007

Abdullah Kahwin Hari Ini. Najib Ajak Rakyat Kelantan Nilai Prestasi PAS.


Assalamualaikum

Apa khabar semua?
(Baik. Sangat Baik. Yes!)

Kembali lagi saya ya. Maaflah kerana membuat anda semua tertonggek-tonggek menunggu.
Terima kasih kerana terus setia bersama RTM1. Percutian kali ini biasa-biasa sahaja. Tidak seistimewa cuti kahwin + HONEYmoon dan err.. cuti 14 hari suami menjaga isteri yang dalam pantang.

Minggu hadapan sudah ke kolej demi menjebakkan diri sebagai komiti orientasi di Program Induksi.

Ingat mula-mula tadi nak ulas tentang Fenomena Seni RTM1 malam tadi. Tapi macam tak ada isi pula. Apa yang didebatkan semalam pun macam tak patut je. Dah kata wartawan hiburan, kerja menghentam, mengkritiklahkan? Si wartawan juga yang bukak periuk nasik artis-artis nih. Betul tak Heliza? Haaa

Rabu lepas kalau tak silap, TV3 sekali lagi menampilkan sebuah rancangan menarik - Jangan Tidur Lagi. Adlin Aman Ramli berganding dengan Azmin Azwan Ali. Rancangan santai selama sejam ini untuk penilaian impresi pertama memang menghiburkan. Tak ada topik berat atau terlampau SENSASI. Semuanya serba santai. Krew produksi pun santai jugak.

Tak tahulah kalau-kalau dalam episod seterusnya nanti akan ada kontroversi yang menyebabkan rancangan ini di ban. Oh tidak...

Rancangan-rancangan segar semacam inilah yang memenuhi keperluan penonton ye.
Bukan rancangan-rancangan buat lawak gelak sendiri mahupun sitkom terjerit-jerit.

Semalam, mula-mula tertukar channel RTM1 tengoklah ada 2 pelawak tgh buat show atas pentas. Kamera pula dengan selamba fokus audiens yang terkekeh kekeh terbahak bahak ketawa. VIP pun ketawa sama. Gila punya ketawa. Eh, adakah saya bermimpi? Adakah RTM1 berjaya menghasilkan sebuah rancangan 'Stand Up Comedy' yang amat berjaya?

Oh... rupanya itu sekadar lawak selingan dari dua orang pelawak tetap RTM. Tekan 'info' pada remote, rancangan Muzika Esktravaganza yang saya sedang tonton. Rancangan apa entah. Set pentas RTM masih serupa. Tapi setelah maklum, audiens terdiri daripada warga Singapura dan sebahagiannya Brunei.

Oh... patutlah penuh auditorium dan julung-julung kalinya kamera RTM memfokus para audiens yang sebegitu ramai. (baca: tidak termasuk Anugerah Hitz 1, Anugerah MACP dan err.. Zoom In Bersama Mawi)

Teringat masa pergi Angkasapuri menonton Zoom In Bersama sekumpulan artis ni. Ingat bolehlah suruh orang kat rumah tengok saya di celah-celah audiens melalui TV. Tapi malangnya camera MCP satu pun tak pusing ke audiens. Tiap kali habis satu show lagu, dgr bunyi tepuk menepuk tangan. Meriah gila. Tapi tengok kiri (baca: row kanan kosong, tak ada orang)beberapa orang audiens lain tak tepuk pun tangan.

Oh...recorded applause rupanya.

Sekian saja.

Bereh.

3 comments:

Anonymous said...

abg jantan adik jintan. lepas satu2 rancangan hiburan. najib cakap pas tak relevan, umno je cukup defend islam. macam ni ke defend, suap hiburan byk2 supaya org melayu syg hiburan dan terus undi umno sbb takut dgn pas. pok loh mace artis pulak, kejap nafi kejap iyakan. rosok2 ore mesio.

Anonymous said...

wow!! tajuk entry anda tidak ada kene mengene dengan hasil nukilan anda. Takde pon cite pasal Pak Lah kawen, takde pon cite pasal PAS...

Anonymous said...

urmm.. urmm... tajuk x kene ngan isi...