Assalamualaikum.
Apa khabar?
Macam mana dengan kehidupan harian anda?
Adakah anda puas dengan apa yang anda lakukan tadi?
Oh janganlah buat muka pelik seolah-olah saya tahu apa yang anda lakukan tadi.
Maksud saya, adakah anda puas dengan kerja-kerja yang telah anda lakukan tadi? Muhasabahlah sendiri ya.
Seminggu dua lagi semester bakal dihentikan seketika. Bila? Nantikan sahaja posting saya yang berbunyi lebih kurang,
"semester break dah start. tataw lah na buat per. assignment byk gile... haa dah tau banyak buat ler..."
Celoteh kali ini tak ada isu khusus rasanya. barangkali kerana objektif khusus kertas cadangan saya telah direject oleh pensyarah. Oh tidak.
Semalam sempat saya berSMS dengan seorang rakan sekolah dulu. Rakan sekolah saya. Bukan rakan sekolah awak. Dia di UITM.
Saya :Tengah buat assignment ke?
Dia :Yelah... kenape nye?
Saya :Dah siap nak pinjam boleh?
Dia :Awak ingat laporan PEKA ke nak bagi pinjam-pinjam.
Huhu. Teringat zaman persekolahan. (cuba taip "teringat zaman persekolahan" kat google. ramai gila orang yang teringat zaman persekolahan mereka).
Betul kata lecturer saya yang seorang tu, zaman sekolah tak boleh pilih apa yang kita nak belajar dan apa yang tak nak. Semua dah dipakejkan. Bukan aliran Sains pun ada Sains. Bukan aliran Sastera pun ada Sasteranya. Kebebasannya hanya pada memilih aliran. Stream. Starscream.
Bagi sesetengah umat yang menelunjuki jemari mereka ke arah tempat saya belajar sambil mata galaknya memandang betapa ground floor atau parking levelnya saya. Meh saya patah-patahkan jemari manismu itu.
Bukannya apa, kalau nak pandang seolah-olah seseorang itu berada di parking level, tidak semua parking level terletak di lower ground. Ada parking level yang berada di paras paling atas. Atas bumbung. Tak percaye? Marilah berkunjung ke Carefour Wangsa Maju. Mahupun, err..Semua House.
Eh. Faham tak ni?
Bukannya apa, masa makan kenduri nasik jagung, sambal udang, rendang daging ahad lepas, sempat bersembang dengan seorang jiran. Pangkat ayah kepada saya. Dalam koversasi (konversasi?) tersebut saya banyak mengangguk dan mengiakan sahaja. Cuma menyampuk sedikit-sedikit. Maklumlah berbahasa dengan orang yang sedang beri pengalamannya.
Uncle :Belajar apa pun, kat mana pun tak apa. Yang penting belajar.
Saya :(Mengiakan)
Uncle :Belajar rajin-rajin. Balas jasa mak ayah.
Saya :(Mengiakan. Rasa tersentuh jugak. Nada kebapaan Uncle ketara)
Uncle :Kalau rasa tak berapa pandai masa sekolah, tak semestinya sekarang kita tak boleh jadi lebih baik.
Betul. Betul. Uncle yang dah banyak makan garam. Makan karenah. Kerut dahinya lebih kurang ayah. Kerut dahi seorang ayah. Huhu.
InsyaAllah Uncle. Ayah!
1 comment:
saya juga mahu 3 riban. saya juga mahu berjaya seperti encik hamzah. saya juga mahu menjadi pakar silangkata.
pengulas rtm mmg bagus tak haa. no komen. sbb kwn lama ismadi manap jd pengulas sukan rtm. gelak pn ade tgk kekdg. gelak camni ha, kek kek kek.
adat org tua2, menurunkan pengalaman kpd anak muda. kalau mahu byk tips kehidupan, jgn segan silu berdamping dgn mereka. kdg2 benda tak mintak tips spt malam pertama pun diberikan. kek kek kek lg skali.
blog saya sudah berstatus belasungkawa. kek kek kek.
Post a Comment