Monday, July 30, 2007

Sebagai rakyat Malaysia, saya memahami bahawa saya mahu pergi bersarapan sekarang.

Assalamualaikum.

Pagi ini hujan.
Langit tak sempat cerah.
Burung pun tak sempat meraikan pagi yang cerah ceria.
Tapi burung tahu. Hujan pagi ini rahmat.

Huhu...

Masa kat sekolah selalu jugak hujan pagi-pagi. Tapi tak selalu sangat. Eh, selalu ke tak selalu ni?

Tambah-tambah hari Isnin, kalau hujan, yang paling gumbira ialah para pengawas. Tak payah nak set kerusi meja, standby itu ini untuk perhimpunan rasmi.

Perhimpunan buat kat dataran depan tu je. Nak buat kat dewan, manelah nak muat.

Hujan, terus masuk kelas. Letak beg, pergi kelas sebelah. Ada ape dengan kelas sebelah? Ade laa...

Bukan nak bukak buku ke, tolong member sapu sampah ke kan?

Hujan, ada beberapa kali hujan membuatkan saya malas gila nak pergi sekolah. Tak baikkan untuk teladan masyarakat muda generasi penyayang?

Ahh...

Tak nak sebenarnya taip apa yang sudah saya taip di atas. Tapi ape boleh buat. Otak dok ingat tu je. Jemari pun mengikut rentaklah.

Tahniah buat pasukan Iraq yang menang Piala Asia buat kali pertama.

Tahniah juga kepada suara-suara yang menemani saya menonton siaran langsung perlawanan akhir tersebut. Dibawakan oleh RTM. 2 ke 1? Tak ingat dah.

Seorang komentator memang dah biasa sangat bercakap. Ada style sendiri. Veteran.
Yang seorang lagi makhluk Allah ni,

Ya. Saya tahu anda rasa pemain nombor 7 harus diberi pujian. (makhluk Allah ni sama macam aku, tak kenal nama player)

Ya. Saya tahu anda rasa skill individu pemain tersebut amat baik sekali. Harus diberi pujian.

Ya. Saya tahu anda rasa jurulatih pasukan Iraq (sama macam aku jugak, tak ingat nama coach) ada strategi tersendiri dan berpuas hati dengan kesebelasan utama.

Ya. Saya tahu anda rasa pemain yang sedang terbaring itu memegang pehanya yang sakit setelah diasak oleh pemain lawan.

Ya. Saya tahu anda rasa pujian harus diberikan kepada penjaga gol yang menampan bola itu keluar kotak penalti.

Ya. Saya tahu anda rasa pemain itu seharusnya terus melakukan cubaan ke arah gawang lawan.

Ya. Saya tahu anda rasa pasukan Iraq akan bertahan dalam 10 minit terakhir perlawanan. Tapi Ali Abbas tengah attacking depan kotak penalti tu...

Ya. Saya tahu anda perlu berfikir untuk membuat ayat walaupun pendapat-pendapat anda diindahkan dengan bunyi aaa...aaaa...aaa... Terima kasih komentator veteran kerana menyampuk!

Ya. Saya tahu anda rasa anda berpendapat bahawa pasukan Iraq perlu berhati-hati di minit-minit terakhir.

Tapi, saya tak tahu pulak kenapa suara anda yang macam tengah demam panas dan cirit birit boleh berkumandang satu negara waktu perlawanan akhir Piala Asia semalam.

Go back and practice!

Hujan dah berhenti.

No comments: