Tuesday, August 07, 2007

जुस्को Keramat?


Assalamualaikum.

Apa khabar?

Sihat sejahtera hendaknya adinda di sana.

Cuti mid sem breakdown masuk hari kedua.
Simpsons The Movie sudah settle. Amat sakarstik. Tahniah.

Tadi jalan-jalan sekitar wikimapia.
Terserempaklah dengan penemuan di atas. (Gambar)

Ura-ura yang mengatakan Jusco akan di buka di Keramat terjawab sudah.
Berjalan kaki untuk membeli Secret Recipes atau Nandos (Harapnya adalah branch kedua-duanya)

Bekas tapak rumah panjang ini dijadikan tapak mula bina Jusco DUN cawangan Keramat. Persaingan makin hebat. Giant, Carefour, Jusco dan Jusco.

Kita tunggu dan lihat apa yang bakal terjadi seterusnya. Adakah foodcourt yang terdapat western sedap gila akan lenyap? Atau pasar malam minggu agak hilang punca kelak?

Keramat sudah semakin maju. Kalau dulu hutan meliputi segenap pelusuk geografi, tidak hari ini. Tupai dan musang buah berlumba-lumba di atas bumbung rumah. Tiada lagi dahan pohon rapuh untuk bermain seperti dulu.

Adakah Keramat akan menjadi seperti Springfield?

Fikir-fikirkan. (Ayat pembaca berita RTM di penghabisan Berita Dunia)

lanjut: WIKIMAPIA KERAMAT

4 comments:

aum said...

sedih lah. ntah. sedih je. nanti dah tak sunyi. berbahaya bagi kanak2 bermain2 di jalan raya. malam2 dah jadi macam area kl. kereta makin byk. nanti makin kotor. tak suka. herm.

azrieizham said...

benar. saya bersetuju dengan cik aum. sedih ya. keramat menjadi tumpuan ramai. kereta banyak. asap pun banyak.

Lebuhraya DUKE yang merentangi keramat belum siap lagi.

kalau sudah dibuka kepada awam, apalah nasib keramat yang dulunya sebuah taman perumahan pinggir bandar yang nyaman...

Sikenit Comel-AminBakish said...

budak keramat ker?? hehe.. dulu masa study di utm, tinggal di keramat, tok dgn mak utih jiran-jiran saya.. oh, keluarga kakak saya (sebelah suami) juga tinggal di keramat, pak long saya rumahnya depan carefour... semua di sanalah.. oh lupa, sepupu saya tinggal kat perumahan askar tu... Keramat pernah jadi tempat main saya.. :D

azrieizham said...

wah cikgu si kenit.
pernah bermain-main di keramat seperti saya juga ya.

ramai benar saudara di keramat ya.
adakah kita bersaudara?
hehe

bagus. keramat menggamit memori (klasik nasional)

jemputlah datang ke Jusco Keramat.
Tapi bukan sekaranglah... sekarang hanya ada rumput lalang berpagar jarang.