Apa khabar semua?
Lepas subuh tadi terus telan Panadol AcitFast (macam mana entah eja).
Ada yang kata saya pelik sebab rajin menaip panjang di blog. Di alam realiti tak ada pula banyak bersuara.
Kalau saya pelik, ramai lagi yang pelik. Lebih pelik daripada biasa.
Banyak bersuara tak semestinya berfikir. Banyak berfikir pun tak perlukan suara yang banyak.
Entri kali ini saya ingat nak kupas
KITA SANGAT LEMAH?
Kita datang atau singgah ke dunia ini dengan pakej yang serba lengkap. Sepertimana firman Allah:
“Sesungguhnya Kami mencipta insan dalam bentuk penciptaan yang terbaik.” (Surah At-Tin, ayat 4)
Tetapi, kadangkala atau selalu juga kita merasakan diri kita serba kekurangan. Tak sempurna, tak cukup stylo, tak mengikuti arus trend. Tak cukup vogue. Memang selalu. Itu kita.
Kekurangan itu sebenarnya datang dari kita sendiri. Kelemahan diri kita sendiri. Selalunya punca kelemahan itu adalah kerana kita terlupa sesuatu. Terlupa untuk mengingati Pencipta kita. Bila kita terlupa untuk mengingatiNya, jauh sekali nak rasa nikmat Allah. Kufur nikmat.
Tak perlulah kita nak ragukan rezeki dan nikmat Allah.
"Dan ingatlah tatkala Tuhan kamu memberitahu, demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya aku akan tambahi nikmatku kepada kamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabku amatlah keras" (Surah Ibrahim, ayat 7)
Perasan atau tidak, dalam kita berasa diri ada sahaja kekurangan, kita tak pernah tidak untuk merendah-rendahkan seseorang. Asal ada yang tak kena tentang seseorang, deria kita cepat sahaja menangkap kekurangan itu.
Hakikat, kita tidak cukup tampan, tapi kita tak pernah tidak untuk cepat menilai orang lain tak hensem, muka macam sekian sekian.
Hakikat, kita tidak cukup cantik, tapi kita tak pernah tidak untuk cepat menilai orang lain tak cantik, muka macam sekian sekian.
Hakikat, sedar atau tidak? Apa yang kita kata nilaikan itu semua adalah ciptaan Allah. Layakkah untuk seorang hamba menilai timbangkan ciptaan Tuannya?
Hidup kita memang dipakejkan dengan neraca untuk menilai. Tetapi neraca itu letaknya pada tangan kita masing-masing. Untuk kita nilai diri sendiri, untuk kita perbaiki apa-apa yang dirasakan perlu.
Pernah tak kita renungkan, berapa kali sudah kita terlepas kata menilai orang lain?
Dan berapa kali pula sudah kita muhasabah diri sendiri untuk menjadi yang terbaik?
Inilah kita, bila dah rasa diri yang terbaik, kagum pada diri sendiri itu akan melampau-lampau melebihi kagum kita pada Pentadbir kita. Bukan pentadbir di pejabat pentadbiran. Tetapi Pentadbir yang mengizinkan kita untuk menjadi yang terbaik.
Tetapi harus diingat, terbaik bagi kita tak semestinya terbaik untuk orang lain. Untuk semua orang. Sebab tulah susah untuk kita nak puaskan hati semua orang. Nak puaskan hati sendiri? Senang... hehe
Sekadar ingatan. Untuk saya. Untuk kita.
Kesimpulan mudah, segalanya baik dan sempurna hanya datang dari Allah, yang buruk dan yang kurang sempurna itu datang dari kelemahan kita sendiri.
Selamat Beramal.
3 comments:
menarik la entry..
tapi nape entry takde kaitan dgn tajuk entry hehe
panadol actifastLAH
sebut betul2
z-o-o
saya gemar appeton. eh bukan. saya juga gemar menaip panjang. saya tidak gemar untuk menjadi kritis dengan kelemahan diri, terutama yang lahiriah. tapi saya gemar akan sarcasm. appeton, untuk kesihatan dan kecergasan.
Post a Comment