Assalamualaikum.
Apa khabar? Diharap kamu-kamu kenyang makan Double Spicy Chicken Mc Deluxe bersama air berkarbonat yang di re fill lima atau enam kali sehingga manager (yang pada awalnya tersenyum ceria "Selamat Datang Ke MCD!") bertukar dengan jelingan keras ketika mengambil cawan kertas bersaiz large dari tangan yang sama buat kali keempat. (Maaf jika terlalu rumit untuk difahami, kamu-kamu semua akan faham jika mencubanya sendiri)
Malas panjangkan dua isu di bawah. Tunggu dan lihat sahaja kesudahannya. Mudah-mudahan kesudahan yang indah.
Apa khabar agaknya Nik saya?
Setakat setelah hampir 4 bulan bersama, beberapa item telah ditambah sesuka hati:
UV Filter
D35 AF N Flash Gun (Cap Ayam)
Battery Grip (Rare item, made in China) - Beli di YL Camera Services, Plaza Pudu
Dan terpaksa beli beg besar sikit untuk ni sebab soft bag yang dapat free tak cukup besar (dengan penambahan battery grip). Tapi tak beli lagi.
Fuh.
Memang betul kata pepatah orang dulu-dulu. Pepatah hikmah sejak zaman Mahmud Melaka;
"What an annoyingly expensive hobby!"Terima kasih kepada penyumbang dana dan tidak lupa juga kepada kad ATM yang setia dicucuk cucuk dengan rakusnya.
Oh, gambar terbaru dari Putrajaya untuk tatapan kamu-kamu semua,
Sekian buat masa ini. Saya rasa entri ini paling banyak gambar berbanding 133 entri yang lepas. Maaf. Saya tidak ada gambar 'hangout wif ma fwenz' untuk ditayang. Mungkin kamu-kamu semua boleh melayari laman blog mereka-mereka yang sedang bercuti (sekolah) untuk mendapatkan gambar-gambar tersebut yang lebih cantik (dan mengujakan).
6 comments:
ore dulu² tu penjajah ke ore kampung.
bijak sungguh berbahasa asing (jikalau ore kampung)
rare item? wow. macam dalam neopets je ade rare item. nyum3.
hihi. im collecting omelettes since lenny pergi holiday. bila dia balik baru kasi makan omelet.
haha sembang2 neopets plak kat cni~
tongai: wow. tentu lah orang kampung. warisan turun temurun di jajah. lihat sahaja tali leher para pegawai kerajaan. err.
cik kak alin + ixa:
hoh... cis.. perbincangan apa ni. mainlah benda lah seperti daun terup. kalau tak cukup kat joker, boleh print gambar anda berdua. errr
haha kuasam! do i look like a joker? ixa mmg la ;p
Post a Comment